Judul : KDN larang pegawai kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia
link : KDN larang pegawai kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia
KDN larang pegawai kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia
Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan arahan melarang pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini serta merta.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah sebagai tindak balas terhadap arahan yang dikeluarkan oleh negara berkenaan yang melarang pegawai di kedutaan Malaysia meninggalkan negara itu.
"Kita tidak berhasrat untuk melakukan tindak balas tetapi inilah yang harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan di luar dari ketatasusilaan dan kezaliman diplomatik.
"Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang sama kerana mereka telah memanipulasikan apa yang dipanggil sebagai kes pembunuhan yang dilakukan di klia2," katanya dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Demikianlah Artikel KDN larang pegawai kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia
Sekianlah artikel KDN larang pegawai kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KDN larang pegawai kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/kdn-larang-pegawai-kedutaan-korea-utara.html