Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas'

Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas'
link : Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas'

Baca juga


Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas'

'Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas'
Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim (dua, depan kanan) dan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa/Pengerusi Biro Hal Ehwal Undang-Undang, Perlembagaan, Rezab Tanah Melayu & Tanah Adat Perkasa Malaysia, Azmi Tan Sri Rais pada Sidang Meja Bulat Perkasa, Isu: Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan Negara? - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyuarakan kebimbangan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera akan mengalami kesan besar jika Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan negara.

Malah katanya, cadangan oleh kumpulan Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan Malaysia (RMP) itu juga memberi kesan kepada kedudukan agama Islam di negara ini.

“Saya percaya ia akan disalah gunakan untuk menghakis hak dan kepentingan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukan agama Islam. Ia juga tidak mengatasi masalah yang kononnya disebabkan oleh ketiadaan mukadimah itu," katanya.

Kenyataan beliau itu dibacakan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pada Sidang Meja Bulat Perkasa: Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan Negara? yang berlangsung di ibu negara, hari ini.

Persidangan itu merupakan anjuran Biro Hal Ehwal Undang-Undang, Perlembagaan, Tanah Rizab Melayu dan Tanah Adat Perkasa yang turut dihadiri Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim selaku panel utama.

Tiga lagi panel pembicara adalah Pensyarah Fakulti Undang-Undang UniSZA, Datuk Prof Dr Hussin Mohamad Abd Rahman; Felo Utama Pusat Kajian Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz dan Presiden Peguam Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Abdul Hamid berkata, ‘preamble’ atau mukadimah adalah kenyataan pengenalan ringkas mengenai tujuan asas Perlembagaan dan prinsip panduan.

“Ia menyatakan secara umum niat pengasas mengenai tujuan Perlembagaan dan apa yang mereka harap akan dicapai oleh Perlembagaan itu.

“Oleh sebab itu, ia biasanya digubal pada masa yang sama, malah sebagai permulaan penggubalan sesuatu Perlembagaan, bukan 60 tahun kemudian,” bidasnya.

Menurutnya, mukadimah digubal oleh pakar perundangan bertujuan menjadikannya mukadimah kepada Perlembagaan.

“Rukun Negara tidak semestinya digubal oleh pakar perundangan dan ia digubal untuk tujuan politik negara. Bagaimana Rukun Negara hendak dijadikan mukadimah?

“Saya khuatir apabila Rukun Negara telah dijadikan mukadimah yang mempunyai kuat kuasa undang-undang dan hakim menggunakannya dalam mentafsir Perlembagaan, maka akan terbitlah penghakiman yang mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan tujuan peruntukan yang sedia ada walaupun peruntukan yang khusus,” katanya.

Pada 23 Januari lalu, RMP melancarkan gerakan untuk menjadikan Rukun Negara sebagai dokumen pembuka kepada Perlembagaan negara.

Ia digerakkan oleh nama-nama besar seperti Dr Chandra Muzaffar sebagai pengerusi, pakar perlembagaan negara Prof Datuk Shad Saleem Faruqi dan beberapa individu lain.

Antaranya, aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar, ahli akademik Prof Datuk Dr Tan Chong Tin dan Prof Madya Dr Medeline Berma, serta peguam, Firdaus Husni.

Tujuan penubuhan RMP adalah untuk menggerakkan usaha serampang dua mata bagi mendapatkan pungutan suara rakyat Malaysia melalui pengumpulan tandatangan serta berhajat mendapatkan sokongan Majlis Raja-Raja agar satu usul berkaitan usaha ini dapat dibentangkan di Parlimen.

Menurut Abdul Hamid, kumpulan yang membuat cadangan ini menghujahkan tiga keadaan telah wujud berikutan ketiadaan mukadimah.

“Pertamanya polarasi antara kaum, keduanya cubaan sekumpulan Islam untuk melaksanakan syarak sebagai undang-undang  negara dan ketiga, cubaan sekumpulan orang bukan Islam menjadikan Malaysia sebuah negara liberal.

“Jawapan saya kepada mereka, semua itu jika ada pun bukanlah kerana tidak ada mukadimah. Jika ada mukadimah pun tidak bererti ia tidak akan berlaku.

“Kita perlu faham kesan cadangan ini di sisi perundangan. Saya minta maaf tetapi saya bercakap dari pengalaman sebagai seorang hakim yang biasa duduk di mahkamah paling tinggi di Malaysia dan menulis penghakiman mahkamah melibatkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan,” katanya.




Demikianlah Artikel Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas'

Sekianlah artikel Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedudukan orang Melayu, Bumiputera akan terjejas' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/kedudukan-orang-melayu-bumiputera-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :