Judul : KEMUKAKAN HUJAH BERNAS UNTUK LAWAN ZAKIR NAIK, KATA PAS KEPADA MEREKA.
link : KEMUKAKAN HUJAH BERNAS UNTUK LAWAN ZAKIR NAIK, KATA PAS KEPADA MEREKA.
KEMUKAKAN HUJAH BERNAS UNTUK LAWAN ZAKIR NAIK, KATA PAS KEPADA MEREKA.
SUMBER
PAS hari ini membidas pihak yang mahu penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik diusir dari negara ini, dengan berkata tindakan itu “tidak bertamadun” dan mencabar sensitiviti umat Islam.
“Orang Islam di Malaysia terutama orang Melayu begitu sensitif tentang agama. Mereka boleh hilang tanah dan kampung halaman, tetapi tidak boleh hilang agama,” kata Idris Ahmad, pengerusi Jabatan Tarbiyah PAS.
“Sebab itu Inggeris menjajah lama ke atas negara kita, kerana mereka mengkaji, Melayu cukup sensitif tentang agama,” katanya, dan menambah: “Inggeris boleh kaut segala hasil mahsul negara, tetapi mereka tidak ganggu soal agama.”
Coretan Idris mengenai sejarah penjajahan itu dibuat ketika mengulas kenyataan beberapa pihak yang mengecam Zakir kerana dituduh mengganggu keharmonian melalui ceramah perbandingan agama.
Apa dosa dan salah Dr Zakir Naik sehingga hendak bertindak kasar sebegitu rupa? Datangkan hujah yang bernas, untuk lawan fakta Dr Zakir. Sebenarnya golongan ini sudah menjadi melukut di tepi gantang,” kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
“Tindakan mereka bukan sahaja dibenci oleh orang Islam, malahan orang bukan Islam yang bersopan dan bermoral,” katanya.
Idris berkata mereka yang menentang kehadiran Zakir di negara ini “bukan sahaja tidak mahu syariat Islam, malahan pengawalan moral pun mereka tidak mahu”.
“Mereka mahu Malaysia seperti negara barat. Mungkin golongan ini pening lalat tidak sedar bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ialah Malaysia.
“Sekarang muka yang sama juga hendak bertindak melampau terhadap Dr Zakir Naik. Paling malang tindakan golongan ini merugikan parti politik dan individu yang sewaktu dengannya.”
Demikianlah Artikel KEMUKAKAN HUJAH BERNAS UNTUK LAWAN ZAKIR NAIK, KATA PAS KEPADA MEREKA.
Sekianlah artikel KEMUKAKAN HUJAH BERNAS UNTUK LAWAN ZAKIR NAIK, KATA PAS KEPADA MEREKA. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KEMUKAKAN HUJAH BERNAS UNTUK LAWAN ZAKIR NAIK, KATA PAS KEPADA MEREKA. dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/kemukakan-hujah-bernas-untuk-lawan.html