Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355

Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355
link : Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355

Baca juga


Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Di tengah-tengah kehangatan isu debat melibatkan Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, kedua-dua pemimpin itu sebaliknya mengadakan pertemuan dalam suasana harmoni.
 
Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS menziarahi kediaman Mufti Perlis itu di Kangar, pagi tadi.
 
Pertemuan itu dikongsikan kedua-dua mereka dalam Facebook masing-masing.
 
Turut dilampirkan bersama, gambar ketika pertemuan itu berlangsung.
 
Mohd Asri dalam Facebook beliau mengucapkan terima kasih atas kunjungan Khairuddin. 
 
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas ziarah ukhuwwah itu. Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. 
 
"Selama 2 jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing. Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Terengganu. Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya," tulis Mohd Asri.
 
Sementara itu Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata pertemuan selama dua jam itu membincangkan pelbagai perkara termasuk pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355.
 
"Banyak perkara dapat dibincangkan hampir 2 jam secara harmoni dalam suasana ukhuwwah melibatkan pelbagai isu politik tanah air termasuk isu Pindaan Akta 355 untuk memahami sudut dan titik bersama yang mesti diperkasakan dan titik perbezaan yang boleh diambil sikap saling menghormati. 
 
"Terima kasih atas persahabatan ini. Moga ziarah ini bermanfaat untuk Islam dan umatnya," tulis Khairuddin.
 
Perang kenyataan bersabit pindaan Akta 355 tercetus apabila Mohd Asri menyifatkan sokongan ke atas langkah tersebut tidak wajib.
 
Ia disambut Khairuddin yang menyatakan mahu 'menyekeh' kepala mufti berkenaan jika berkata pindaan Akta 355 tidak wajib.
 
Sehubungan itu, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff mencadangkan agar Mohd Asri dan Khairuddin bersemuka dalam isu pindaan akta itu. 
 
Khairuddin bersetuju dengan jemputan debat yang ingin diusahakan Mapan tanpa meletakkan sebarang syarat.
 
Namun, Mohd Asri menjawab beliau hanya akan berdialog mengenai isu ini dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
 


Demikianlah Artikel Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355

Sekianlah artikel Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairuddin ziarah Asri di tengah-tengah kehangatan isu RUU355 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/khairuddin-ziarah-asri-di-tengah-tengah.html

Subscribe to receive free email updates: