Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin

Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin
link : Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin

Baca juga


Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin

 ARIF ATAN
 
 
Salahuddin AyubSalahuddin Ayub

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menjangkakan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak lagi kekal sebagai Menteri Besar Johor jika BN terus menguasai negeri itu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, bibit-bibit kepada kemungkinan itu telah berlaku serta beberapa orang perlu dikambing hitamkan dalam masa terdekat bagi menunjukkan imej bersih.

"Pembersihan akan berlaku. Khaled Nordin tidak akan jadi MB (Menteri Besar). Moral dia telah jatuh. Kalau (BN) menang lagi, Najib akan lantik MB dan kabinet baru yang diyakini pro kepada dia.

"Khaled Nordin cuba lari dari pelan rancangan rompakan yang besar. Dia cuba buat Team Johor kemudian melakukan satu rompakan di Johor. Team Johor itu kumpulan perompak sebenarnya," ujarnya dalam dialog 'Live Bongkar' bertajuk 'Rasuah: Najib lawan Khaled?' malam tadi.

Khaled yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor pada 14 Mei 2013 menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun sejak tahun 1995.

Salahuddin berpendapat hasil rompakan berkenaan diagihkan antara satu sama lain seperti pernah Seniman Negara, P. Ramlee gambarkan dalam filem 'Nujum Pak Belalang' yang diterbitkan pada 1959 dengan ejaan, 'Nujum Pa' Blalang'.

"Perompak-perompak ini nanti akan agihkan antara satu sama lain seperti babak filem P.Ramlee. Politik P. Ramlee masih relevan dengan politik Umno dengan memangggil Umno sebagai sarkas," jelasnya.

Mengulas skandal raksasa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau tidak menolak kemungkinan adanya campur tangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di sebalik penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara dan arahan perpindahan ke atas beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015.

Turut mengundang kontroversi pada tahun itu apabila bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB), Datuk Abdul Hamid Bador diarah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri ketika siasatan 1MDB hangat diperkatakan.

Sementara itu dalam dialog sama anjuran Amanah Johor itu, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Jimmy Puah Wee Tsee juga mengesahkan kes melibatkan Malaysian Official 1 (MO1) seperti terkandung dalam laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tahun lalu sebagai rasuah.

"Saya baca 136 muka surat (laporan DoJ tentang kes 1MDB), 523 perenggan. Saya baca empat jam dari pukul 10 pagi sampai 2 petang. Tidak makan tengah hari. Akhir sekali, saya boleh buat kesimpulan MO1 adalah pasti rasuah," tegas peguam itu yang juga Adun Bukit Batu



Demikianlah Artikel Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin

Sekianlah artikel Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/khaled-nordin-tidak-lagi-kekal-mb-johor.html

Subscribe to receive free email updates: