Judul : Nazri berdebat dengan Tun M 25 Mac ini
link : Nazri berdebat dengan Tun M 25 Mac ini
Nazri berdebat dengan Tun M 25 Mac ini
ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Debat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.
Nazri yang mengesahkan perkara itu berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Katanya, pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.
"Ini makluman terbaru (mengenai debat dengan Dr Mahathir) yang saya terima dari setiausaha akhbar saya.
"Saya akan hadir pada tarikh berkenaan jika semua yang diusahakan (penganjuran debat) berjalan lancar.
"Saya menghormati beliau (Dr Mahathir), kami akan berdebat mengenai isu negara.
"Perkara ini (sesi debat) dianjurkan kerana beliau yang cabar saya, bukan sebaliknya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, dilaporkan Nazri menyatakan persetujuan di atas persediaan sebuah akhbar menjadi penganjur.
Demikianlah Artikel Nazri berdebat dengan Tun M 25 Mac ini
Sekianlah artikel Nazri berdebat dengan Tun M 25 Mac ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nazri berdebat dengan Tun M 25 Mac ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/nazri-berdebat-dengan-tun-m-25-mac-ini.html