Judul : PAS harap BN tak buat pindaan usul RUU355
link : PAS harap BN tak buat pindaan usul RUU355
PAS harap BN tak buat pindaan usul RUU355
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: PAS bertegas supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak melakukan sebarang pindaan dan perubahan terhadap draf asal usul pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah atau Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang akan dibentangkan di parlimen.
Mengambil contoh hukuman sebatan yang dicadangkan PAS sebanyak 100 kali, Naib Presidennya, Dr Idris Ahmad menyifatkan ada relevannya disebalik cadangan pelaksanaan itu. 
"Kita mahukan supaya pindaan itu dikekalkan. Sebagaimana yang dibawakan Presiden mengenai hukuman 100 sebatan, itu sangat berprinsip kepada PAS. Jangan BN nak pinda dibawah apa yang telah PAS tetapkan.
"Kita harap supaya pindaan ini dibentangkan, soal kalah undi (di Parlimen) itu soal lain.
"Kalau kerajaan BN nak bentang kita harap akan dibentang, itu sahaja," katanya kepada pemberita, selepas hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Titiwangsa ke-32 di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.
Pandangan Idris itu selari dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti akan meneliti terlebih dahulu usul pindaan Akta 355 yang mahu dibawa kerajaan itu sebagaimana yang dituntut partinya.
Tegasnya PAS tidak mahu usul yang mahu dibentang kerajaan bertindih dan berbeza dengan draf yang digariskan parti sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada semalam mengesahkan kerajaan akan membacakan sendiri usul pindaan Akta 355, bagi mendapatkan kelulusan Parlimen.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu-gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.
November lalu, Hadi membawa usul di Dewan Rakyat dengan pindaan dari segi hukuman dengan cadangan menaikkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda hingga RM100,000 dan maksimum sebatan 100 kali.
Hukuman syariah buat masa ini menetapkan kadar hukuman pnjara tidak lebih tiga tahun, denda berjumlah RM5,000 dan maksimum enam kali sebatan
Demikianlah Artikel PAS harap BN tak buat pindaan usul RUU355
Sekianlah artikel PAS harap BN tak buat pindaan usul RUU355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS harap BN tak buat pindaan usul RUU355 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/pas-harap-bn-tak-buat-pindaan-usul.html