PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi

PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi
link : PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi

Baca juga


PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi

 
Azmin dibidas pemikir dan wanita PAS selepas timbalan presiden PKR itu menyindir rancangan mereka menawan Selangor dari partinya


wan-hasrina_azmin-al_pas_selangor_600


PETALING JAYA: Timbalan presiden PKR diingatkan supaya jangan terlalu selesa selepas menyerang PAS kerana mereka yang membantu dan membenarkan beliau dan partinya memerintah Selangor.

Menyifatkan Datuk Mohamed Azmin Ali umpama “kacang lupakan kulit”, Ketua wanita PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan mengingatkan beliau supaya jangan mencabar kesabaran parti Islam.

“Azmin sepatutnya sedar dia pegang kerusi menteri besar atas cadangan PAS. Kalau nak harap parti dia sendiri, namanya langsung tiada dalam senarai,” kata Hasrina dalam kenyataan hari ini.

PKR memimpin kerajaan Selangor, yang disertai PAS, DAP dan Amanah, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-12.

Hasrina berkata demikian selepas menteri besar Selangor itu menyindir rancangan PAS untuk menawan Selangor dari partinya.

Baru-baru ini, menjelang PRU-14, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan rancangan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawan Selangor.

“Muslimat Selangor akan akur sekiranya parti memutuskan hubungan dengan PKR dan tiada sebarang kerjasama lagi menghadapi PRU-14 akan datang,” kata Hasrina.

“Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan.”

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki dilaporkan berkata PAS mempertimbangkan untuk “mengambil semula” kerusi yang “dipinjamkan kepada PKR” di Selangor, termasuk kerusi Parlimen Azmin, Gombak.

“Sekiranya PAS pusat menetapkan keputusan untuk putus hubungan dengan PKR pada muktamar yang dijadualkan penghujung April nanti, kita mungkin mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR,” katanya kepada Utusan.

“Bukan saja di Selangor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil balik.”



Demikianlah Artikel PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi

Sekianlah artikel PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/pas-jadikan-azmin-mb-pas-juga-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: