Judul : PAS-PPBM belum lepas fasa 'merisik', kata Idris Ahmad
link : PAS-PPBM belum lepas fasa 'merisik', kata Idris Ahmad
PAS-PPBM belum lepas fasa 'merisik', kata Idris Ahmad
Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih dalam proses 'merisik' dan belum ada tanda-tanda dua parti itu akan 'bernikah'.
Itu pengesahan Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PPBM, bahawa parti sudah mendapat jemputan untuk rundingan agih kerusi antara dua parti itu.
"Tarikh belum. Kita tak bincang apa pun lagi, belum ada ketetapan.
"Masih berlangsung (rundingan), kita (PAS) dengan dia (PPBM) tak ada kata putus lagi. InsyaAllah.. kita masih baru.. takkan nak terus menikah, merisik dulu," katanya ketika ditemui di lobi parlimen sebentar tadi.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin memberitahu hubungan partinya dengan PAS bertambah baik selepas parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menjemput partinya bersabit rundingan agihan kerusi bagi menghadapi PRU14.
Ketika ditanya perihal itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata tidak tahu mengenai ajakan PAS terhadap PPBM.
"Saya tak tahu, mungkin saya terlepas pandang tapi setakat ni tak ada," katanya lagi.
Idris bagaimanapun menegaskan bahawa hubungan antara PAS dan PPBM pada ketika ini berjalan seperti biasa di mana kedua-dua parti sering terlibat dalam program di pentas yang sama.
"Kita sekarang naik pentas sama, pastikan mesej kita sama.
"Sekarang ini kita buat program dulu, sampai ketika nanti akan ada lah," katanya sambil menambah apa saja keputusan yang melibatkan kedua-dua parti itu akan dilakukan secara konsensus dan kemudian dimaklumkan kelak.
Demikianlah Artikel PAS-PPBM belum lepas fasa 'merisik', kata Idris Ahmad
Sekianlah artikel PAS-PPBM belum lepas fasa 'merisik', kata Idris Ahmad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS-PPBM belum lepas fasa 'merisik', kata Idris Ahmad dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/pas-ppbm-belum-lepas-fasa-merisik-kata.html