Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor

Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor
link : Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor

Baca juga


Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno Selangor menjangkakan penyatuan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menambah kecelaruan dalam pakatan pembangkang khususnya isu agihan kerusi.
 
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Johan Abdul Aziz, soal pembahagian kerusi sesama mereka akan menjadi ujian paling getir untuk gagasan itu kelak.
 
"Pertamanya kompromi dalam menentukan soal kerusi, siapa yang nak berkorban kerusi?  
 
"Ketidakpuasan hati dan pertelingkahan tentang kerusi.
 
"Siapa nak beri kerusi? Jumlah kerusi berapa? Saya rasa persefahaman itu (susah dicapai)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Hari ini, PH sebulat suara menerima PPBM menjadi rakan komponen baru mereka, selain bersetuju mengadakan logo baru dan mengemaskini manisfestonya sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup Majlis Presiden PH di Parlimen.
 
Johan berkata bukan soal agihan kerusi sahaja, malah siapa yang akan mengemudi pakatan pembangkang juga akan mencetuskan perbalahan dalam gagasan itu.
 
"Dari segi pemilihan jawatan presidennya siapa? (Sepatutnya) presidennya itulah yang akan jadi perdana menteri, itu pun rakyat akan tertanya-tanya juga.
 
"Rakyat mesti nak tahu siapa jadi perdana menteri, itu jadi satu cabaran kepada mereka untuk memilih presiden," katanya.
 
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga adli baru DAP sebelum ini mencetuskan polemik apabila menggelarkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin de facto baru pembangkang.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilabel sebagai pemimpin de facto pembangkang, namun ujar Zaid kuasa Anwar semakin terhad sementelah beliau kini dipenjarakan selepas disabit kesalahan sodomi.
 
 


Demikianlah Artikel Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor

Sekianlah artikel Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyertaan PPBM akan buat PH lebih celaru - Umno Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/penyertaan-ppbm-akan-buat-ph-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :