PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050?

PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050?
link : PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050?

Baca juga


PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050?

 
Oleh Zuraida Kamaruddin

Mengapa perlu menunggu Transformasi 2050 wawasan negara untuk mencapai apa yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk wanita? 

Semua harapannya untuk wanita pada hari wanita seharusnya dicapai hari ini dan bukan untuk 33 tahun yang akan datang.

Wanita Keadilan telah berjuang untuk hak-hak wanita saban hari tahun demi tahun dan berharap agar kesaksamaan gender dapat dicapai dan difahami. 

Oleh itu, dengan tagline Hari Wanita Sedunia tahun ini "Be Bold for Change", ini bermakna perubahan harus dilakukan sekarang, bukan dengan mengambil tempoh 33 tahun lamanya untuk berubah.

Menurut Khairy Jamaluddin, menjadi harapan beliau bahawa wanita boleh mencapai status yang sama lebih awal daripada 33 tahun tetapi persoalannya mengapa tidak boleh dilaksanakan dengan kadar segera?

Inilah masanya untuk memastikan tiada gangguan berlaku di tempat kerja; sekarang adalah masanya untuk memastikan peluang yang sama diberikan kepada wanita; sekarang adalah masanya untuk memenjarakan para suami yang tidak membayar nafkah kepada isteri mereka selepas penceraian; sekarang adalah masanya atlet wanita boleh beraksi di medan sukan tanpa perlu menghukum hanya kerana pemakaian mereka; sekarang adalah masanya untuk semua wanita menjadi berani dalam mencapai impian mereka.

Mengapa perlu menunggu 33 tahun apabila sekarang adalah masa untuk melakukannya?

Khairy turut membidas bagi  mereka yang mempersoalkan agenda 33 tahun dan meminta pembaca untuk mendapatkan penerangan dari kamus.

Saya fikir Khairy seharusnya dididik oleh Wanita Keadilan.

Jika Wanita Umno mempersetujui kenyataan Khairy maka kami dengan hati yang terbuka bersedia untuk memberi pencerahan kepada ahli-ahli Umno.

Pokoknya, perbezaan di antara 33 tahun kemudian dan kini adalah sangat lama.

Sekarang adalah masa untuk perubahan, Khairy Jamaluddin.

Dengan pemikiran yang masih lama, berunsur patriarki dan kebelakang, ini membawa kepada generasi kanak-kanak lelaki yang akan turut berfikiran kolot dan mengharapkan wanita untuk terus berkhidmat kepada lelaki di zaman sekarang.

Jelas sekali, Khairy tidak peka tentang "Beijing Declaration and Platform for Action 1995" dimana menghapuskan segala bentuk diskriminasi yang dilakukan terhadap wanita.

Malaysia perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap menteri lelaki dalam kabinet yang tidak sensitif terhadap isu-isu wanita dengan membuat kenyataan seksis dan dangkal.

*Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR juga ahli parlimen Ampang



Demikianlah Artikel PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050?

Sekianlah artikel PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM wanita: Kenapa perlu tunggu 2050? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/pm-wanita-kenapa-perlu-tunggu-2050.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :