Judul : PRU14: PAS bakal buat kejutan
link : PRU14: PAS bakal buat kejutan
PRU14: PAS bakal buat kejutan
Oleh ZAILI MUHAMMAD
PAS mampu membuat kejutan pada PRU14 yang akan datang berdasarkan senario poli- tik negara mutakhir ini jelas Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah ketika berceramah pada majlis Sambutan 50 Tahun PAS Jasin baru-baru ini.
Menurut Mohd Amar, pelbagai pihak ingin ber- sama dengan PAS pada PRU14 kerana istiqamah bersama dasar Islam yang dipegang selama ini dan bakal membuat kejutan kelak.
“Hati boleh berbolak- balik sebab itu jangan rasa jemu dalam perjuangan Islam dan jangan terkejut dalam PRU akan datang PAS akan membuat kejutan berdasarkan senario politik terkini.
“Apa yang penting ada- lah perlunya pergantun- gan kita kepada Allah, kita perlu melaksanakan ker- ja dan selebihnya serahkan ke pada Allah kerana sebab kemenangan itu adalah hak Allah,” ujarnya.
Beliau menjelaskan ba- hawa penilaian terhadap PAS tidak boleh disamakan seperti parti lain kerana se- bagai parti Islam yang terus kekal di atas kebenaran itu- lah kejayaan sebenar.
“Dalam perjuangan ini bukan mudah dan tak ada jalan si ngkat se bab para nabi melalui jalan sukar, ditekan, diuji dengan lebih berat lagi ada yang dipenja- ra dan dibunuh.
“Maka begitu juga PAS dari tahun 1951 hingga kini belum lagi mencapai ke- menangan tapi apa yang Allah lihat ialah apa yang kita buat, kerja dan usaha untuk memena ngkan aga- manya,” katanya
Demikianlah Artikel PRU14: PAS bakal buat kejutan
Sekianlah artikel PRU14: PAS bakal buat kejutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: PAS bakal buat kejutan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/pru14-pas-bakal-buat-kejutan.html