Judul : Rogol dalam perkahwinan itu jenayah, kata WAO
link : Rogol dalam perkahwinan itu jenayah, kata WAO
Rogol dalam perkahwinan itu jenayah, kata WAO
NGO itu mendesak kerajaan meminda Akta Imigresen kerana undang-undang sedia ada menyebabkan isteri warga asing kepada rakyat Malaysia terdedah kepada keganasan rumah tangga.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mengulangi gesaannya supaya rogol dalam perkahwinan dianggap sebagai jenayah, sempena wanita di seluruh dunia meraikan Hari Wanita Antarabangsa hari ini.
Dalam laporan kajian kesnya bertajuk “Perspektif terhadap Keganasan Rumah Tangga” yang dikeluarkan hari ini, NGO itu berkata rogol – sama ada ia berlaku dalam perkahwinan atau tidak – adalah jenayah di bawah standard antarabangsa.
Tetapi di Malaysia, Seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan hubungan seks tanpa rela tidak dianggap sebagai jenayah apabila ia berlaku antara pasangan berkahwin.
“Rogol dalam perkahwinan dikenali dalam Konvensyen Mengenai Penyingkiran Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) Jawatankuasa Cadangan Umum 19, yang menyatakan ‘Dalam kalangan hubungan keluarga, wanita semua peringkat umur tertakluk kepada semua bentuk keganasan, termasuk pukul, rogol dan serangan seksual lain’.”
Laporan itu menyatakan jawatankuasa PBB Cedaw meminta Putrajaya menjadikan rogol dalam perkahwinan sebagai jenayah sejak 2006.
“Kami mendesak kerajaan dengan segera meminda bahasa dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan dan berhenti membenarkan amalan rogol dalam perkahwinan,” menurut laporan itu.
Pada 2015, DAP melancarkan kempen meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai rogol. Ia menyatakan seks tanpa rela antara suami isteri juga rogol.
Susulan itu, ketika banyak desakan supaya rogol dalam perkahwinan dianggap jenayah, menteri undang-undang pada ketika itu Nancy Shukri mengumumkan kerajaan tidak akan meminda Seksyen 375 untuk mengkategorikan seks tanpa rela antara suami isteri sebagai rogol.
Bagaimanapun, beliau berkata tindakan suami mencederakan isterinya dengan tujuan seks sudah pun menjadi kesalahan di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara 5 tahun, jika sabit kesalahan.
Laporan itu turut mendesak kerajaan meluaskan definisi keganasan rumah tangga dalam Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga, untuk memasukkan penderaan antara pasangan intim yang mungkin tidak berkahwin.
“Daripada 110 mangsa keganasan rumah tangga yang berjaya diselamatkan dan mendapat perlindungan di WAO pada 2014, seramai 5 daripadanya didera teman lelaki. Jumlah sama atau lebih ialah mangsa dera ibu bapa, adik-beradik atau ahli keluarga lain yang termasuk di bawah akta berkenaan,” katanya.
WAO juga mendesak kerajaan membuat pindaan Akta Imigresen kerana undang-undang sedia ada menyebabkan warga asing yang menjadi isteri kepada rakyat Malaysia terdedah kepada keganasan rumah tangga dan mencipta “sekatan tambahan” kepada mereka untuk keluar daripada situasi penderaan itu.
Katanya, undang-undang itu termasuk isteri warga asing memerlukan kebenaran suaminya untuk memperbaharui visa pasangan, buka akaun bank atau akses kepada kad kredit.
Syor lain dibuat WAO ialah untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan mangsa keganasan rumah tangga memohon perceraian di mana-mana bidang kuasa.
Pada masa ini, mereka terhad membuat permohonan cerai di kawasan di mana tempat tinggal terakhir, di mana WAO berkata biasanya di mana mereka tinggal bersama pasangan yang mendera.
“Ini bermakna, bagi menghadiri 3 tribunal wajib JPN, mangsa terpaksa kembali ke lokasi di mana dia tinggal bersama penyerangnya, yang akan menyebabkan dia dalam keadaan bahaya, takut dan trauma,” katanya.
Antara Januari dan Oktober tahun lalu, kira-kira 4,000 kes penderaan rumah tangga dilaporkan. Ia termasuk insiden penderaan fizikal, rogol dan penderaan anak.
Demikianlah Artikel Rogol dalam perkahwinan itu jenayah, kata WAO
Sekianlah artikel Rogol dalam perkahwinan itu jenayah, kata WAO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rogol dalam perkahwinan itu jenayah, kata WAO dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/rogol-dalam-perkahwinan-itu-jenayah.html