Judul : Selami dan kenalpasti masalah dihadapi petani
link : Selami dan kenalpasti masalah dihadapi petani
Selami dan kenalpasti masalah dihadapi petani
OLEH SYAZWANI SUFIANTANJUNG KARANG, Program Karnival Jelajah Infratani 2017 antara inisiatif Kerajaan Negeri menyelami kehidupan petani lebih dekat disamping mengenal pasti masalah rakyat di peringkat akar umbi.
Program di bawah gerak kerja Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib itu dilaksanakan secara berperingkat ke seluruh negeri, dan Dun Sg Burong merupakan yang pertama bagi tahun ini.
Zaidy berkata, dalam program itu beliau melawat di berapa kawasan pertanian dan infrastruktur bersama agensi yang terlibat bagi melihat sendiri kemajuan serta permasalahan dihadapi penduduk.
“Saya bersama jabatan berkaitan akan cuba untuk membantu dengan sebaik mungkin bukan hanya dalam bentuk peruntukan malah dari segi pemberian bantuan dan nasihat kepada penduduk setempat bagi penambahbaikan dan peningkatan hasil, kualiti serta pengeluaran.
“Oleh itu saya saran kepada semua masyarakat turun dalam program ini, untuk berjumpa dengan wakil-wakil agensi sebab inilah peluang aduan segala permasalah didengar dan segala penyelesaian akan diusahakan bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Karnival Jelajah Infratani Peringkat DUN Sungai Burong, hari ini.
Program yang bermula seawal pagi tadi, Zaidy bersama agensi yang terlibat turun melawat ke beberapa lokasi antaranya lawatan tapak pembuangan sampah di Kampung Sungai Sireh, tanaman rosak akibat banjir di Kampung Parit Dua serta kawasan bajir kilat di Pekan Tanjung Karang.
Pada sesi petang, turut melawat kawasan limpahan ban di Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh bersapa Jabatan Pengairan Selangor (JPS).
“Masalah ban pecah dan limpahan ini memang sering kita hadapi khusus ketika air pasang. Namun tahun lepas kita telah membelanjankan RM4.5 juta untuk kerja-kerja segera membaiki ban ini.
“Hari ini masih ada beberapa ban yang perlu dibaiki untuk jangka masa panjang. Jadi kita melihat dan meneliti dahulu prospek yang diperlukan kemudian perbincangan bersama akan kita laksanakan,” katanya kepada Selangor Kini.=EZY=
Demikianlah Artikel Selami dan kenalpasti masalah dihadapi petani
Sekianlah artikel Selami dan kenalpasti masalah dihadapi petani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selami dan kenalpasti masalah dihadapi petani dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/selami-dan-kenalpasti-masalah-dihadapi.html