Judul : Siti Kassim Pemimpin Masa Depan Malaysia
link : Siti Kassim Pemimpin Masa Depan Malaysia
Siti Kassim Pemimpin Masa Depan Malaysia
CaspianJika kita menyebut nama Siti Zubaidah Kassim, pasti tidak ramai yang mengenalinya. Tetapi jika nama Siti Kassim di sebut, pasti ramai yang akan mengingati bagaimana seorang wanita yang bertubuh agak berisi namun begitu lantang bersuara apabila menyentuh hak asasi manusia.
Lihat sahaja bagaimana beliau cukup lantang dan berani menyanggah usaha untuk melaksanakan RUU355 dan banyak lagi isu yang membabitkan hak asasi manusia dan alam sekitar.
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila wanita besi ini mampu mematahkan hujah mana-mana pihak memandangkan beliau merupakan seorang peguam.
Lebih menarik lagi, sebagai anak kelahiran Orang Asli, beliau jauh meninggalkan kehidupan penuh kolot dan kuno kaumnya dan hari ini berdiri sebagai seorang yang penuh dedikasi dan liberal.
Justeru, tidak hairanlah apabila perkhabaran terkini menyebut bahawa beliau mungkin bakal dicalonkan di salah sebuah kerusi DUN atau Parlimen bagi mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Bagi Pakatan Harapan, Siti Kassim dilihat sebagai seorang bakal pemimpin pelapis paling berkaliber serta mampu menjadi sehebat YB Zuraida Kamaruddin mahupun YB Nurul Izzah Anwar. Disamping keberaniannya, beliau juga mempunyai kelulusan yang melayakkannya menjadi calon buat Pakatan Harapan.
Demikianlah Artikel Siti Kassim Pemimpin Masa Depan Malaysia
Sekianlah artikel Siti Kassim Pemimpin Masa Depan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siti Kassim Pemimpin Masa Depan Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/siti-kassim-pemimpin-masa-depan-malaysia.html