Judul : Tak perlu melatah dengan usul putus hubungan PAS-PKR
link : Tak perlu melatah dengan usul putus hubungan PAS-PKR
Tak perlu melatah dengan usul putus hubungan PAS-PKR
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Sama ada PKR, atau mana-mana pihak, tidak perlu melatah dengan beberapa usul yang diluluskan PAS kawasan dan dewan untuk memutuskan tahaluf siyasi diantara dua parti itu.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, apa jua keputusan kelak berhubung kerjasama PAS-PKR hanya ditentukan secara muktamad menerusi muktamar yang akan diadakan penghujung April.
"Biar mereka beri pandangan mereka kerana akhirnya muktamar yang akan buat keputusan. Pandangan Dewan Pemuda adalah pandangan mereka sendiri.
"Beberapa tahun dahulu pun Dewan Ulama Pusat pernah buat keputusan bahawa PAS Selangor akan keluar dari kerajaan (negeri). Tetapi itu pandangan Dewan.
"Di PAS Selangor, kita tidak ada apa-apa keputusan lagi, kita belum ada mesyuarat khas untuk tentukan kedudukan kita. Maka saya kira, itu biasa.
"Kalau Pemuda PAS hendak bercakap, itu biasa, biarkan mereka bercakap kerana sifat mereka sebagai Pemuda ada pandangan dan akhirnya akan dibawa ke muktamar," katanya kepada Antarapos hari ini.
Semalam Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor tampil sebagai sayap kedua parti itu selepas Dewan Pemuda PAS Tumpat yang meluluskan usul putus hubungan dengan PKR.
PAS Permatang Pauh dan PAS Bayan Baru juga mengambil ketetapan yang sama dalam mesyuarat parti yang diadakan pada minggu lalu.
Perkembangan yang membabitkan usul-usul berkenaan mencetuskan tanda tanya berkenaan jangka hayat kerjasama politik di antara dua parti tersebut, lebih-lebih lagi menerusi kerajaan negeri Selangor.
Usul sedemikian timbul selepas PAS dikatakan tidak senang dengan hubungan baik PKR dengan DAP dan Amanah, dua parti yang didakwa sebagai seteru politik dan menentang dasar dan perjuangan PAS.
Malah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada semalam sinis terhadap PAS apabila mendakwa parti itu hanya kuat dan meraih banyak undi selepas menyokong reformasi yang dicetuskan partinya.
Beliau mengambil contoh PAS di bawah pimpinan Allahyarham Fadzil Noor yang berjaya meraih banyak kerusi dalam pilihan raya, sekaligus membolehkan parti itu menjadi ketua pembangkang.
Khairuddin, yang diajukan hal itu kemudiannya menjelaskan perjuangan PAS tetap sama meskipun pimpinannya sering berubah.
"PAS tetap sama, sama ada di zaman Ustaz Fadzil atau Tok Guru sekarang. Ia tetap sama, cuma gaya kepimpinan berbeza. Sebab kita membanding-bandingkan. Di zaman Ustaz Fadzil ada kebaikannya, di zaman Tok Guru pun ada kebaikannya," tegasnya.
Demikianlah Artikel Tak perlu melatah dengan usul putus hubungan PAS-PKR
Sekianlah artikel Tak perlu melatah dengan usul putus hubungan PAS-PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak perlu melatah dengan usul putus hubungan PAS-PKR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/tak-perlu-melatah-dengan-usul-putus.html