TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik?

TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik?
link : TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik?

Baca juga


TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik?


Selepas lima tahun dan 19 pusingan proses rundingan, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akhirnya gagal dimuktamadkan selepas Presiden AS yang baharu Donald Trump bertindak menandatangani Arahan Eksekutif menarik diri daripada perjanjian itu pada 23 Jan lepas.

Meskipun pengunduran AS itu sudah diramal berikutan janji Trump untuk mengeluarkan negara berkenaan daripada TPPA pada hari pertama beliau mengambil alih tampuk pemerintahan, ia sedikit sebanyak tetap menimbulkan polemik terutama kepada negara anggota terlibat khususnya Malaysia.

Rata-rata ramai mempersoalkan kesan 'kegagalan' perjanjian yang dianggap paling komprehensif dalam sejarah, yang dianggotai 12 negara iaitu Australia, Brunei Darussalam, Chile, Kanada, New Zealand, Jepun, Malaysia, Singapura,Mexico, Peru, AS dan Vietnam.

Antara isu berbangkit adalah soal faedah yang bakal berkubur apabila TPPA tidak dilaksanakan termasuklah peluang usahawan tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terlibat dalam pasaran antarabangsa serta mewujudkan budaya berdaya saing dalam perniagaan.

Namun begitu, tidak kurang juga yang menarik nafas lega kerana awal-awal lagi lantang menentang TPPA kerana dianggap persaingan antara jerung dan bilis, yang dikhuatiri membunuh industri, produk malah usahawan tempatan kerana terpaksa bersaing dalam pasaran global.

Lebih banyak positif

Susulan penarikan diri AS itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi Malaysia masih mampu untuk terus kekal teguh, dinamik dan penuh dengan potensi serta peluang bersama rakan dagang sedia ada meskipun tanpa TPPA.

Beberapa pihak termasuk menteri terlibat berpendapat kegagalan TPPA tidak akan merencatkan perdagangan Malaysia sebaliknya membolehkan negara terlibat dalam perjanjian serantau lain dengan lebih mendalam, termasuk Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan menjadi platform perdagangan berikutnya bagi Malaysia.

Turut mengulas perihal TPPA tanpa AS, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Nurhaizal Azam Arif berkata sememangnya terdapat baik dan buruknya apabila AS menarik diri daripada perjanjian itu.

"Jika bercakap tentang kesan buruk, pengunduran AS secara langsung bermakna Malaysia serta negara anggota TPPA yang lain akan kehilangan peluang pasaran ke negara yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$17 triliion itu. Ini mungkin dianggap satu kerugian besar.

"Namun, dari sudut positif pengunduran AS telah mengurangkan kuasa hegemoni negara itu dalam menentukan hala tuju TPPA lebih-lebih lagi sejak Trump dipilih sebagai Presiden, beliau dilihat mengambil langkah 'protectionism' yang 'gila'dan melampau.

"Justeru, jika AS terus berada dalam TPPA tidak mustahil beliau akan mengambil tindakan sama bagi menjaga kepentingan negara itu," katanya kepada Bernama.

Nurhaizal Azam, yang juga Pensyarah bidang Perniagaan Antarabangsa berpendapat golongan yang benar-benar menyokong dan mengharapkan TPPA bagi mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, bukanlah dominan.

Bahkan ujarnya, majoriti usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebenarnya tidak melihat TPPA ini suatu platform yang sihat bagi kelangsungan perniagaan mereka.

"Meskipun ada yang berpendapat TPPA bakal mewujudkan daya saing yang tinggi dalam kalangan negara anggotanya, kebanyakan pengusaha tempatan hakikatnya melihat perjanjian itu sebagai ancaman hegemoni syarikat multinasional besar terhadap mereka khususnya industri PKS apabila pasaran menjadi terbuka dan persaingan menjadi tidak adil.

"Justeru apabila TPPA ini tidak berjaya dimuktamadkan, saya berpendapat bukan sahaja usahawan tempatan bahkan masyarakat secara majoriti tidak panik malah menjadi satu kelegaan buat mereka," katanya.

Teruskan kerjasama

Mempunyai pandangan berbeza, Penasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Persatuan Anak-Anak Terengganu (PESAT) yang juga bekas Yang di-Pertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur Datuk Dr Sharifuddin Musa berkata TPPA perlu diteruskan meskipun tanpa AS sebagai pemacu utamanya.

Ini kerana beliau berpendapat hubungan baik Malaysia dengan 10 negara anggota TPPA yang lain wajar dimanfaatkan sebaiknya malah perlu diperkukuh bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa.

"Pengeksportan minyak sawit serta getah bakal mendapat keuntungan daripada TPPA disebabkan kedudukan negara yang merupakan pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia dan merupakan antara pengeluar terbesar getah.

"Oleh itu, jika kerjasama antara Malaysia dengan 10 negara anggota TPPA yang lain tidak diteruskan ia akan membawa kepada persaingan sengit terhadap industri sawit Malaysia dengan Indonesia," katanya yang juga Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan sebelum ini turut berkata Malaysia dan negara anggota TPPA yang lain boleh meneruskan perjanjian itu dengan meminda klausa berkaitan.

Selain beliau, Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria dalam kenyataannya sebelum ini turut berpendapat bukan AS sahaja yang boleh menjadi 'nakhoda' kepada TPPA dengan menafikan usaha 11 negara anggota lain.

Sharifuddin pada masa sama berkata dengan meneruskan TPPA ia akan membolehkan Malaysia untuk terus memainkan peranan penting dalam proses integrasi ekonomi yang sedang berlaku dengan pesat di rantau Asia Pasifik.

"Di samping itu, ia membuka peluang untuk negara memperluaskan akses pasaran melalui layanan keutamaan tarif perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang merangkumi rakan dagang penting seperti pasaran Kanada dan Mexico. Ini secara langsung boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dan menjana produktiviti dan ekonomi usahawan tempatan," katanya.

RCEP ganti TPPA

Dalam pada itu, turut ditanya mengenai pengunduran AS yang dikatakan bakal menyegerakan proses untuk memuktamadkan rundingan RCEP, Nurhaizal Azam berkata RCEP sememangnya dilihat sebagai alternatif baharu bagi menggalakkan perdagangan bebas serantau yang mungkin bersifat lebih adil.

Namun begitu, kewujudan kuasa-kuasa besar 'baharu' seperti China dan India juga perlu dipandang serius kerana mereka mempunyai 'taktik permainan' perdagangan yang hebat.

"Industri-industri yang penting dan sensitif kepada negara akan terus dipertahankan oleh kerajaan masing-masing dan mungkin akan mengecewakan negara anggota yang lain.

"Justeru, meskipun RCEP akan memberi peluang perdagangan yang luas ia dalam masa sama mungkin akan membawa ancaman kepada syarikat tempatan," katanya.

RCEP adalah cadangan FTA antara 10 anggota ASEAN - Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, dan enam negara yang mempunyai FTA dengan ASEAN -- Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Rundingan mengenai cadangan itu dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN pada November 2012.

Berbanding TPPA yang dijangka menyumbang 40 peratus KDNK global dan 20 peratus perdagangan dunia, prospektif negara anggota RCEP mempunyai penduduk seramai 3.4 bilion orang dengan jumlah KDNK sebanyak AS$21.4 trilion (AS$1 = RM4.43) iaitu kira-kira 30 peratus daripada KDNK dunia.
- Bernama


Demikianlah Artikel TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik?

Sekianlah artikel TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/tppa-lupakan-atau-teruskan-mana-lebih.html

Subscribe to receive free email updates: