Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO]

Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO] - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO]
link : Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO]

Baca juga


Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO]

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan Malaysia mengusir Duta Korea Utara, Kang Chol, adalah bagi mempertahankan kedaulatan negara daripada diperkotak-katikkan pihak asing, kata Datuk Seri Najib Razak.    
 
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan soal prinsip selepas duta itu enggan memohon maaf mahupun menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini.  
 
"Keputusan yang kita buat, tentang soal prinsip, maknanya kita sebuah negara yang berdaulat.
 
"Mesti menghormati negara kita dan kalau mereka buat tuduhan yang tidak berasas, maka dia patutnya meminta maaf dan menarik balik kenyataannya tersebut. Tapi dia tidak buat demikian maka berdasarkan kepada prinsip, kita buat tindakan untuk isytihar dia sebagai persona non grata. 
 
"Bererti bahawa kita memang tegas dalam soal maruah kita, kedaulatan kita, tiada sesiapa boleh menghina negara kita ataupun memperkotak katikkan negara kita sewenang wenangnya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat sebentar tadi.
 
Kang Chol sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'biadab' apabila menuduh Malaysia bersubahat dengan Korea Selatan bersabit kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
 
Ekoran itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengarahkan Kang Chol hadir ke kementerian bagi memberikan penjelasan dan permohonan maaf secara bertulis bagi dakwaan-dakwaan yang dilontarkannya ke atas Malaysia.
 
Namun, duta itu gagal menghadirkan diri.
 
Berikutan itu, Anifah pada Sabtu, mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan dikehendaki meninggalkan Malaysia.
 
Dalam pada itu, Najib ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengkaji semula hubungan dengan Korea Utara, kata Najib, kerajaan akan mengambil langkah satu persatu.
 
"One step at a time (ambil langkah satu persatu)," katanya

 LIHAT VIDEO DI SINI




Demikianlah Artikel Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO]

Sekianlah artikel Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usir Kang Chol kerana pertahan kedaulatan negara, kata Najib [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/usir-kang-chol-kerana-pertahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :