Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera

Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera
link : Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera

Baca juga


Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera

ZIKRI ABDULLAH
 
 
Husam MusaHusam Musa

Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa mencabar Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengambil tindakan segera berhubung usul supaya mana-mana bekas pemimpin parti itu didakwa di mahkamah syariah jika melanggar sumpah taklik dan baiah yang dilafaz sebelum ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Pas Kawasan Tanah Merah yang meluluskan usul tersebut, Husam berkata Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob perlu menetapkan tempoh masa bagi proses pendakwaan ini.

Menurutnya beliau yang kini merupakan penasihat Amanah Kelantan, bekas ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali harus menjadi orang pertama didakwa kerana keluar dari kumpulan Pas di Dewan Rakyat.

"Saya mencabar menteri besar Datuk Ahmad Yakob segera bertindak atas perkara ini dan menetapkan tempoh masa proses pendakwaan ini hendak dilakukan.

"Kita mahu pendakwaan dilakukan terhadap (Datuk) Ibrahim Ali sebagai orang yang pertama keluar dari kumpulan Pas di Dewan Rakyat.

"Hal saya ini sepatutnya tidak ada kena mengena kerana saya dipecat, bukannya saya keluar parti," katanya ketika menyampaikan ceramah di majlis 'selamat tinggal Umno dan selamat jalan Pas' di belakang kilang (gesek) mancis di Sungai Keladi Kota Bharu malam tadi.

Semalam, Pas kawasan Tanah Merah dalam mesyuarat agung mereka meluluskan usul supaya mana-mana bekas pemimpin parti itu didakwa di mahkamah syariah jika melanggar sumpah taklik dan baiah yang dilafaz sebelum ini.

Usul dibawa perwakilan Pas Cawangan Klewek itu mendesak Pas Pusat atau Badan Perhubungan Pas Kelantan bertindak segera kepada mana-mana individu yang melanggar sumpah berkenaan.

Menurut laporan Harakahdaily, perbuatan individu terbabit sangat memalukan serta seolah-olah mempermainkan sumpah tersebut.

"Sumpah dan baiah dibuat mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mengelakkan wakil rakyat PAS melompat parti dan membawa lari kerusi Pas.

"Kami mendesak bawa mereka ini ke mahkamah syariah sebab hakim kata (perbuatan itu) ada kes (boleh didakwa) tetapi kita masih berdiam diri," katanya dipetik portal berita Pas itu.

Lafaz taklik dan sumpah baiah dimestikan kepada semua calon yang diturunkan mewakili Pas dalam pilihan raya di Kelantan.

Ia diperkenalkan ketika Pas bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada 1995 apabila kerajaan Kelantan berdepan cabaran ekoran tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti.

Melalui lafaz itu, perkahwinan seseorang wakil rakyat dianggap terbubar dengan talak tiga jika mereka meninggalkan Pas.



Demikianlah Artikel Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera

Sekianlah artikel Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/usul-pelanggar-baiah-dihadap-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :