Wajah evolusi PM cuit hati rakyat

Wajah evolusi PM cuit hati rakyat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wajah evolusi PM cuit hati rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wajah evolusi PM cuit hati rakyat
link : Wajah evolusi PM cuit hati rakyat

Baca juga


Wajah evolusi PM cuit hati rakyat

Wajah evolusi PM cuit hati rakyat
Perkongsian evolusi wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.- Foto Facebook Najib Razak


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya berkongsi tiga perubahan wajahnya dalam satu kad.

Berkongsi di Facebook dan laman mikro Twitter rasminya, Najib berkata, paparan evolusi wajahnya itu adalah hadiah yang diterimanya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Evolusi saya dilihat dari kad pengenalan. Kemerosotan dan pemutihan rambut yang ketara. Hadiah daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia. Terima kasih," tulis Najib.

Perkongsian Najib itu menerima lebih 24,000 'like' dan lebih 2,300 'shares' setakat berita ini ditulis.
Pelbagai komen netizen juga dapat dilihat di bawah gambar yang dimuat naik Najib.

Nik Suryati Ibrahim menulis, "memang lain sungguh Datuk Seri," sementara menurut Khairullah Hairudin pula, "sungguhpun begitu, Datuk Seri tetap kacak lagi bergaya. Semoga panjang umur."

Tidak kurang juga yang menganggap ia bahan jenaka. Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Haji Mohd Azhar Zamri menulis, "Hahahaha ini lawak Datuk Seri."

Tanggungjawab JPN

Untuk makluman, JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan (proses anak angkat), perkahwinan dan perceraian.

Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

JPN ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan - kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas



Demikianlah Artikel Wajah evolusi PM cuit hati rakyat

Sekianlah artikel Wajah evolusi PM cuit hati rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wajah evolusi PM cuit hati rakyat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/wajah-evolusi-pm-cuit-hati-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :