Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan

Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan
link : Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan

Baca juga


Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan

ANTARAPOS.COM
Post Pic


SABAK BERNAM: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan polis salah guna kuasa berhubung penyelewengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang didakwa dilakukan ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim di Balai Polis Sekinchan, di sini, pagi ini.

Jamal bersama penasihat undang-undangnya, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong, membuat laporan itu kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Jamal yang hadir kira-kira jam 10 pagi di hadapan balai polis itu sempat berucap di atas kereta pacuan empat roda selama kira-kira 15 minit di hadapan kira-kira 200 penyokongnya.

Dalam ucapannya itu, Jamal mendakwa Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yawas puluhan ribu ringgit yang digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM (mesin pengeluaran automatik) bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).

"Wakil rakyat Ng Suee Lim daripada DAP ini adalah seorang yang tidak amanah dan jujur... saya berani berkata demikian dan saya sedia menunggu surat saman daripada Suee Lim jika saya berbohong," katanya.
Jamal yang mengakhiri ucapannya itu kemudiannya dilihat masuk ke balai polis dan dijangka sidang media akan diadakan selepas laporan polis dibuat.




Demikianlah Artikel Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan

Sekianlah artikel Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yawas: Jamal buat laporan polis terhadap ADUN Sekinchan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/yawas-jamal-buat-laporan-polis-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :