Judul : (7 Gambar & Video) Monyet Obes Curi Perhatian Pelancong Di Bangkok
link : (7 Gambar & Video) Monyet Obes Curi Perhatian Pelancong Di Bangkok
(7 Gambar & Video) Monyet Obes Curi Perhatian Pelancong Di Bangkok
Beratnya mencecah 15 kilogram, dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama, semuanya kerana tabiatnya meminta makanan daripada pelancong.Monyet berekor panjang yang dikenali sebagai Uncle Fatty ini sering kelihatan berkeliaran di sebuah pasar di Bangkok, Thailand.
Tabiat pemakanannya yang tidak dikawal itu menyebabkan perutnya membuncit.
Tinjauan pihak hidupan liar baru-baru ini mendapati Uncle Fatty makan jagung, mee, tembikai, kelapa dan pelbagai jenis minuman yang diberi pengunjung di pasar terapung itu.
Susulan keadaannya mencecah tahap obesiti, Uncle Fatty telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Kumpulan konserversi yang dikenali sebagai Pencinta Monyet itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan Uncle Fatty tidak membimbangkan.
"Ia cuma gemuk tetapi kesihatannya baik, beratnya yang keterlaluan itu kerana memakan apa saja yang diberi pengunjung pasar," kata wakil kumpulan itu, Kawinoat MongKholtechaphat.
Bagaimanapun, Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi telah memindahkan Uncle Fatty ke Pusat Hidupan Liar Nakhon Nayok untuk menjalani pemerikaan kesihatan terperinci.
Demikianlah Artikel (7 Gambar & Video) Monyet Obes Curi Perhatian Pelancong Di Bangkok
Sekianlah artikel (7 Gambar & Video) Monyet Obes Curi Perhatian Pelancong Di Bangkok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (7 Gambar & Video) Monyet Obes Curi Perhatian Pelancong Di Bangkok dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/7-gambar-video-monyet-obes-curi.html