Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS

Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS
link : Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS

Baca juga


Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan sepatutnya berasa malu dengan tindakan mereka yang cuba menghalang usul Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
 
"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan bukan Islam.
 
"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini wakil rakyat," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam kepada Antarapos.
 
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan wakil rakyat beragama Islam yang tidak profesional semasa pembentangan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Saya rasa malu dengan perbuatan (wakil rakyat) Amanah, mereka adalah daripada PAS dan dasar PAS mereka dah tahu.
 
"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355," katanya.
 
Mengulas lanjut Subramaniam berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.
 
"Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.
 
"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soalnya.
 
Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, semalam.
 
Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.
 
Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan
 
 


Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/ahli-parlimen-islam-patut-malu-tak.html

Subscribe to receive free email updates: