Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar

Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar
link : Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar

Baca juga


Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar

MOHD ALI HASHIM

Mejar(B) Anuar di Merbok malam tadiMejar(B) Anuar di Merbok malam tadi


Nasib ramai bekas tentera yang bersara amat menyedihkan kerana masih ada bekas-bekas tentera yang pernah berjuang sehingga terkena jarangkap samar, kaki dipotong tetapi kini hidup melarat tanpa pembelaan sewajarnya oleh kerajaan.

Akhirnya mereka terpaksa hidup miskin dan mengharapkan simpati orang ramai walaupun telah berjuang mempertaruhkan nyawa untuk bangsa dan negara.

Demikian diluahkan oleh Ketua Pendaftar Pertubuhan Parti Pribumi Bersatu Negeri Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid ketika berucap pada program ceramah isu semasa yang telah diadakan di Taman Lembah Bujuang semalam.

"Ramai bekas tentera yang dipotong kaki, uzur, termasuklah di dalam Parlimen Merbok ini masih ramai tidak dibela.

"Kalau tidak percaya cuba semak buku akaun bank mereka baki tidak sampai RM100.

"Yang amat memilukan masih ada yang masih berhutang pinjaman perumahan serta anak yang masih belajar di universiti dan juga sekolah menengah, " jelasnya lagi.

Malah katanya pembelaan yang tidak serius oleh kerajaan terhadap bekas tentera seolah-olah khidmat mereka tidak dikenang dan dibalas.

"Sepatutnya selepas mereka berkhidmat melebihi tempoh yang begitu lama, bekas tentera seharusnya sudah mempunyai kediaman dan tanah sepertimana yang dijanjikan.

"Anak-anak bekas tentera turut diberi pembelaan memandangkan jasa yang begitu lama dicurahkan kepada negara sehinggalah mencapai usia pencen.

"Dalam sisa baki usia yang ada bekas tentera terpaksa mencari sesuap nasi lagi dengan berjaga siang dan malam sebagai pengawal keselamatan dan seumpamanya, " tegasnya.

Namun begitu katanya, sekiranya kerajaan begitu prihatin dan peduli kepada bekas tentera, sewajarnya tidak ada lagi yang hidup kais pagi makan pagi, maupun kais petang makan petang.

"Terdapat juga bekas tentera yang terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjadi nelayan turun ke laut, turun ke bendang dan juga mencari upah membuat kerja-kerja kampung.

"Sebagai seorang bekas tentera saya rasa amat terkilan dengan tindakan kerajaan yang masih tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap nasib bekas tentera sehingga kini.

"Kerajaan seharusnya memberi perhatian terhadap perumahan, pendidikan dan juga kesihatan bekas tentera selepas persaraan mereka dan bukannya membiarkan mereka melalui laluan sukar yang begitu menyiksakan dalam keadaan kos sara hidup yang begitu tinggi, "ujarnya lagi.

Oleh itu katanya, perubahan bagi sebuah kerajaan yang lebih baik bagi membela nasib rakyat termasuk bekas tentera hanyalah dengan memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk menerajui Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul serta Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Nasional, Faiz Fadzil serta pimpinan DAP.



Demikianlah Artikel Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar

Sekianlah artikel Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas tentera tiada pembelaan, ramai yang melarat, kata Mejar (B) Anuar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/bekas-tentera-tiada-pembelaan-ramai_29.html

Subscribe to receive free email updates: