Judul : Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017
link : Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017
Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017
Berita terkini pesawat MAS MH2718 terbabas dan hampir terhempas di Sibu Sarawak pada 8 April 2017. Sebuah pesawat Malaysia Airlines dengan kod penerbangan MH2718 dari Kuala Lumpur ke Sibu terbabas di lapangan terbang ketika mendarat cemas tepat pada jam 10.17 malam berpunca akibat hujan lebat serta tiupan angin kencang. Menerusi perkongsian salah seorang mangsa nahas tersebut, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan susulan insiden berkenaan. Difahamkan siasatan awal mendapati pesawat MH2718 terbabas dari landasan ketika mendarat dan menggelongsor keluar dari landasan berikutan keadaan landasan licin.Kenyataan Mangsa Kejadian Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8.4.2017
Emergency Evacuation dalam hujan sebab landasan licin, kapal terbang terbabas ke padang bahagian tepi landasan. Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Priority saya, Ibu dan Bapa saya. Mereka yang paling saya risaukan. Barang semua terpaksa ditinggalkan dalam kapal terbang. Semua panik, takut kapal meletup. Nasib baik tak terjadi.
Alhamdulillah kesemua kami (61 orang penumpang dan 6 orang krew selamat). Allahu. Innalillahi wa innailaihi raji’un. Flight MAS MH2718 KUL – SBW.
Saksi- Mohd Nikman Bin Hashim
Detik Cemas Mangsa Pesawat MAS MH2718 Sebelum Terbabas
Cerita sebelum berlepas dari KLIA. Hati rasa x senang, tapi tak diendahkan. Dibiarkan jugak. Waktu naik flight, xda selera makan. Makan sikit jer, walaupun lapar. Paling tak senang, waktu nak mendarat, ada baby crying, non-stop. Waktu percubaan landing pertama, hati rasa x senang, sebab ada baby x stop menangis dan hujan pulak lebat. Percubaan landing pertama gagal.
Percubaan kedua pulak dilakukan selepas lebih kurang 20 minit berlegar2 di ruang angkasa Sibu. Baby masih lagi x berhenti menangis. Masa nampak jer kapal terbang dah masuk landasan, hati terus berdebar-debar. Tak tau sebab apa. Masa dah touch down, nampak dari cermin, kapal terbang dah kat tengah-tengah landasan, tapi makin bergerak ke tepi dan semakin ketepi.
Then nampak kapal terbang masuk ke padang sebelah landasan, bunyi kuat kat bahagian tayar, terus saya tunduk (posisi selamat) sambil mengucap. Allahu. Rasa macam dekat sangat dengan kematian.
Lepas kapal terbang berhenti, lega seketika, tapi terlintas di fikiran, macam mana kalau kebakaran?. (nauzubillah min zalik). Terus usaha nak cepat2 evacuate. Mak dan bapak kat depan, saya hanya fokus kepada org tua, semoga tidak terjadi apa2 pada mereka.
Alhamdulillah mereka selamat. Kami semua 61 penumpang dan 6 krew selamat evacuate. Jelas mangsa dikenali sebagai Mohd Nikman Bin Hashim.
Gambar Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017
Demikianlah Artikel Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017
Sekianlah artikel Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/berita-terkini-pesawat-mas-terhempas-di.html