Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif

Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif
link : Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif

Baca juga


Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif

Johor Bahru - Murid yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meluahkan perasaan dan doa dalam buku latihan supaya dipindahkan daripada asrama itu.

Saudara murid itu yang enggan dikenali, berkata perkara itu hanya diketahui keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu.

Menurutnya, dalam nota itu, Thaqif menulis seolah-olah dia dalam keadaan tertekan.

Selain itu, Thaqif juga bagaikan dibuli selain mencerikakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya.

Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi di madrasah itu.

Sementara itu, ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu mendaftar masuk ke madrasah itu pada 27 Januari lalu.

Katanya, memang pada mulanya Thaqif nampak gembira dapat belajar di sekolah itu.

Bagaimanapun, dia mula berubah dan meminta dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul, sejak kebelakangan ini.

"Thaqif mendakwa sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan.

"Melihat dia dalam keadaan sedih dan seolah-olah takut kembali ke sekolah, saya kemudian mengeluarkannya dari madrasah itu, pada 31 Mac," katanya.

Bagaimanapun, katanya, malangnya kesihatan Thaqif kian buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan, Rabu lalu.

Katanya, kedua-dua kaki anaknya lebam dan bewarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.

“Doktor memberitahu tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya supaya kuman itu tidak merebak.

"Kami membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, pada 19 Mac lalu. Harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya yang juga guru di Kota Tinggi.


Demikianlah Artikel Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif

Sekianlah artikel Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buku Latihan Dedah Rahsia Hitam Thaqif dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/buku-latihan-dedah-rahsia-hitam-thaqif.html

Subscribe to receive free email updates: