Judul : DAP gembira kerjasama baru Pakatan, sedia turun padang bersama.
link : DAP gembira kerjasama baru Pakatan, sedia turun padang bersama.
DAP gembira kerjasama baru Pakatan, sedia turun padang bersama.
| ZIKRI ABDULLAHParti Tindakan Demokratik (DAP) berpuas hati dengan perkembangan baru Pakatan Harapan yang menerima keahlian Bersatu dan bersetuju menggunakan satu nama, satu logo dan satu manifesto dalam menghadapi PRU14.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Ketari Lee Chin Chen berkata seluruh ahli DAP akur dengan keputusan pimpinan samada menggunakan logo sedia ada atau satu logo baharu.
"Kita telah siap sedia untuk bergabung dengan semua parti Pakatan Harapan dan akan menerima apa-apa keputusan berkaitan nama, logo dan manifesto yang diputuskan nanti.
"Saya yakin keputusan ini akan diterima baik oleh semua ahli-ahli parti dalam pakatan dan kini kita bersiap sedia untuk turun padang," katanya.
Lee berkata demikian ketika menjawab soalan ketika menghadiri sidang media bersama Datuk Husam Musa sebelum menghadiri upacara menaikkan bendera
Amanah di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu kelmarin.
Beliau kemudian turut berceramah di majlis dialog Pakatan Harapan bersama masyarakat Tionghua bertempat di Medan Selera Jalan Kebun Sultan.
Mengambil kesempatan beliau di Kota Bharu Lee menyertai satu operasi kempen Pakatan Harapan di pasar Pohon Pinang yang menjadi tumpuan masyarakat Cina di bandar itu.
Timbalan ketua angkatan wanita Amanah (Awan) Kelantan Norashidah Jaafar yang turut menyertai program berkenaan berkata kesungguhan pimpinan DAP memberi penerangan dan membela rakyat wajar dicontohi.
"Mulanya kami agak kekok untuk bersama rakan-rakan dari DAP kerana cara mereka begitu agresif.
"Bagaimanapun setelah mengikuti cara mereka bekerja, saya yakin dengan kaedah mereka yang sistematik dan berkesan dalam usaha menyampaikan mesej kepada orang ramai khususnya para pengundi," katanya.
Pada program itu rombongan kempen DAP yang diketuai Lee mengagihkan akhbar Roket serta risalah-risalah berkaitan.
Rombongan Awan yang turut bersama mereka pula membahagikan akhbar Amanah kepada peniaga dan pengunjung pasar berkenaan.
"Apa yang menarik, mereka bukan sahaja menyampaikan bahan-bahan kempen tetapi juga menjawab dengan baik soalan-soalan yang ditanya oleh orang yang ditemui dengan jelas dan mesra.
"Hari itu hari Jumaat dan rombongan kami bertembung dengan pengunjung kuliah Jumaat anjuran Pas, jadi kami turut berhadapan dengan penyokong-penyokong Pas dalam memberi penjelasan berkaitan parti Amanah dan Pakatan Harapan," katanya.
Menurut Norashidah sambutan baik dari orang ramai memberi keyakinan kepada ahli rombongan yang beliau ketuai untuk bertemu lebih ramai pengunjung kuliah Jumaat itu.
"Alhamdulillah kami dapati sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan dari pihak Amanah dan mereka kelihatan menerima dengan hati terbuka," katanya.
Demikianlah Artikel DAP gembira kerjasama baru Pakatan, sedia turun padang bersama.
Sekianlah artikel DAP gembira kerjasama baru Pakatan, sedia turun padang bersama. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP gembira kerjasama baru Pakatan, sedia turun padang bersama. dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/dap-gembira-kerjasama-baru-pakatan.html