Judul : Dewan Rakyat Cipta Rekod Bersidang Sampai Jam 5 Pagi
link : Dewan Rakyat Cipta Rekod Bersidang Sampai Jam 5 Pagi
Dewan Rakyat Cipta Rekod Bersidang Sampai Jam 5 Pagi
Kuala Lumpur - Persidangan Dewan Rakyat mencipta rekod baharu hari ini setelah berlangsung hampir 20 jam bermula 10 pagi semalam hingga 5.05 pagi ini.Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan undian suara majoriti.
Pada 2015, Dewan Rakyat mencipta rekod persidangan terpanjang selepas ditangguhkan pada 4.25 pagi mengatasi rekod sidang sebelumnya pada 3.21 pagi.
Terdahulu, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.
Cukai Pelancongan 2017 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai pelancongan ke atas mereka yang menginap di premis pelancongan di Malaysia.
Cukai itu dirancang untuk mengenakan levi ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis yang disediakan oleh pengendali pada kadar ditetapkan menteri.
"Sekiranya kita buat promosi dengan begitu baik sekali dan mendapat kadar penginapan mencecah 80 peratus maka jumlah kutipan akan meningkat sehingga RM872.82 juta," katanya.
Menurut Mohamed Nazri kutipan cukai itu mampu memberikan dana yang mampan setiap tahun bagi membolehkan industri pelancongan dimajukan dan menjadi lebih berdaya saing.
Cukai itu akan dikenakan pada semua jenis premis pelancongan kecuali homestay dan inap desa yang berdaftar dengan kementerian, premis penginapan yang dikendalikan institusi pendidikan atau latihan yang bukan tujuan komersial dan premis penginapan yang diusahakan institusi keagamaan, katanya.
Beliau berkata cukai tersebut akan dijadikan cukai persekutuan bertujuan mengelakkan perselisihan dengan kerajaan negeri dari segi kebolehan mengenakan cukai memandangkan sesetengah negeri berhak mengenakan cukai melalui majlis perbandaran seperti Pulau Pinang dan Melaka.
Terdahulu, persidangan dewan meluluskan usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membawa lima rang undang-undang yang sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua, ke persidangan akan datang.
Ia melibatkan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang
Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, dan Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016.
Beliau turut memohon untuk menarik balik Rang Undang-Undang Setem (Pindaan) 2016.
Dalam pada itu, persidangan Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017, dan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuaan (Pindaan) 2017.
Persidangan dewan ditangguhkan ke 10 pagi ini. - Bernama
Demikianlah Artikel Dewan Rakyat Cipta Rekod Bersidang Sampai Jam 5 Pagi
Sekianlah artikel Dewan Rakyat Cipta Rekod Bersidang Sampai Jam 5 Pagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dewan Rakyat Cipta Rekod Bersidang Sampai Jam 5 Pagi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/dewan-rakyat-cipta-rekod-bersidang.html