Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi

Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi
link : Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi

Baca juga


Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi

MALAYSIAKINI

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengembalikan subsidi bakal menyaksikan harga petrol gred RON95 dijangka akan naik di antara 10 sen hingga 20 sen seliter pada minggu depan.

"Keengganan Najib mengembalikan subsidi dan melaksanakan semakan harga minyak mingguan telah menjerumuskan rakyat kepada turun naik harga minyak yang tidak menentu setiap minggu.

"Minggu depan, harga RON95 dijangka akan naik di antara 10 sen hingga 20 sen seliter bergantung kepada reaksi pasaran dunia kepada ketegangan geopolitik yang berlaku di Timur Tengah ekoran serangan roket Amerika Syarikat ke atas lapangan tentera udara Syria semalam," katanya dalam kenyataan.

Tiga hari yang lalu, harga bagi minyak petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter dan menjadikan harga runcit bagi RON95 adalah RM2.16 seliter, manakala RON97 RM2.44 seliter.

Namun begitu, harga diesel turun sebanyak 3 sen seliter, kepada RM2.08 seliter.

Sejak minggu lalu, harga minyak diumumkan mengikut harga siling mingguan pada setiap Rabu.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga bahan bakar itu pada awal bulan.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, menurut carta harga minyak rujukan dunia iaitu Brent (dalam AS$ setong) yang dikeluarkan Bloomberg, harga minyak mentah dunia melonjak dari AS$53.12 setong pada permulaan minggu ini (3 April 2017).

Ia kemudiannya ditutup pada AS$55.12 semalam (7 April 2017), iaitu peningkatan mendadak sebanyak 4 peratus dalam masa seminggu, jelasnya.

"Bergantung kepada tindakbalas Russia (sekutu kuat rejim Assad) dan tentera rejim Assad, jika ketegangan geopolitik itu tidak reda, minggu depan boleh menyaksikan peningkatan mendadak harga minyak mentah.

"Jika harga minyak mentah naik pada kadar yang sama iaitu 4 peratus seperti minggu ini, harga Brent boleh mencecah USD57.20 setong. Saya lebih bimbang jika ia naik lebih tinggi dari itu dan melonjakkan harga minyak mentah melepasi USD58 setong," tambah beliau.

Oleh kerana harga minyak di stesen minyak berubah setiap minggu, kata Rafizi, beliau menyeru pengguna supaya memantau harga RON95 setiap minggu untuk membolehkan mereka mengatur pembelian minyak pada hari/minggu yang harganya lebih murah sebelum harga dinaikkan pada minggu seterusnya.

"Untuk membantu pengguna, saya memutuskan untuk menerbitkan ramalan harga mingguan apabila berlaku kenaikan atau penurunan harga mendadak di pasaran dunia (atau faktor-faktor lain seperti perubahan nilai matawang Ringgit) yang membawa kesan besar kepada harga petrol dan diesel," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, rakyat Malaysia akan terbeban harga minyak lebih mahal pada minggu hadapan apabila berlaku kenaikan harga minyak dunia susulan serangan Amerika Syarikat terhadap pengkalan udara di Syria.

"Kenaikan dijangka sehingga RM2.20 hingga 2.50 seliter yang pastinya akan membebankan lagi rakyat," kata beliau.

Walaupun pengeluaran minyak Syria adalah terhad, kedudukan strategik negara itu di Timur Tengah dan pakatannya dengan pengeluar minyak besar dunia menimbulkan kebimbangan, jelasnya.

"Situasi luar jangka ini akan benar-benar meningkatkan harga minyak Malaysia yang pastinya akan membebankan rakyat sekiranya kerajaan tidak bertindak secara proaktif untuk menjaga kebajikan rakyat dengan menyerap kenaikan harga minyak," katanya.

Justeru, mekanisme penentuan harga perlu dilaksanakan dalam sistem semakan harga setiap minggu dengan tujuan untuk menjaga kebajikan rakyat yang mana akan bertindak balas pada dua suasana iaitu suasana harga minyak dunia naik dan turun, tambah beliau.

"Dalam situasi kini, pengembalian subsidi minyak untuk menentukan harga minyak yang tidak melepasi sesuatu harga siling yang difikirkan membebankan rakyat," ujar Salahuddin



Demikianlah Artikel Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi

Sekianlah artikel Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga petrol bakal naik 20 sen minggu depan, dakwa Rafizi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/harga-petrol-bakal-naik-20-sen-minggu.html

Subscribe to receive free email updates: