Judul : Hindraf lobi PBB untuk batal status PR Zakir Naik
link : Hindraf lobi PBB untuk batal status PR Zakir Naik
Hindraf lobi PBB untuk batal status PR Zakir Naik
MALAYSIAKINIPersatuan Hindraf Malaysia (Hindraf) telah menulis kepada Jawatankuasa Memerangi Keganasan Majlis Keselamatan PBB (CTC) bagi menasihati Malaysia membatalkan status Pemastautin Tetap (PR) kepada pendakwah dari India, Zakir Naik berhubung kebimbangan kaitannya dengan pengganas.
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam surat kepada pengerusi CTC Amr Abdellatif Aboulatta di ibu pejabat PBB di New York, menyampaikan aduan mereka berhubung kehadiran pendakwah kontroversi itu dan aktivitinya di Malaysia.
Waythamoorthy berkata Malaysia adalah anggota CTC dan oleh itu harus dimaklumkan mengenai "bahaya" yang dipercayai ditimbulkan Zakir.
"Kami agak bimbang dengan karektor seperti Zakir Naik yang sewenang-wenangnya dibenar bergerak secara bebas, menggalakkan permusuhan antara kumpulan yang berbeza atas alasan agama, bangsa, puak dan melakukan tindakan memudaratkan keharmonian kami di Malaysia.
"Kami menulis ke pejabat anda dengan harapan bahawa anda boleh menangani isu ini dengan wakil Malaysia yang duduk di CTC bagi memberi amaran pada kebimbangan rakyat Malaysia dan kerosakan jangka panjang sama ada langsung dan tidak langsung, domestik dan antarabangsa," tulis Waythamoorthy.
Beliau berkata lebih-lebih lagi kerana Zakir tidak bersedia untuk kembali ke India bagi menghadapi tuduhan dan spekulasi bahawa pendakwah itu beralih operasinya ke Malaysia.
Status PR Zakir di Malaysia telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak, terutamanya orang bukan Islam, yang tersinggung dengan ceramahnya.
Hindraf terperangkap dalam perang mulut minggu lalu dengan salah seorang penyokong Zakir - Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, selepas beliau menulis puisi mempertahankan status PR pendakwah itu
Demikianlah Artikel Hindraf lobi PBB untuk batal status PR Zakir Naik
Sekianlah artikel Hindraf lobi PBB untuk batal status PR Zakir Naik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hindraf lobi PBB untuk batal status PR Zakir Naik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/hindraf-lobi-pbb-untuk-batal-status-pr.html