Judul : Kos Sara Hidup Di Malaysia Terendah Di Asean
link : Kos Sara Hidup Di Malaysia Terendah Di Asean
Kos Sara Hidup Di Malaysia Terendah Di Asean
Kuala Lumpur - Kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara Asean mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.
Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.
"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa pengiktirafan tersebut tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai, " katanya menerusi catatan blog najibrazak.com bertajuk Ucapan Perdana Menteri Mengenai Taraf Hidup Rakyat.
Beliau berkata, isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.
"Banyak usaha yang telah kita lakukan bagi memastikan rakyat kurang dibebani kos sara hidup. Antaranya, kawalan harga oleh pihak berkuasa, pembahagian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), usaha perangi orang tengah dan sebagainya," katanya.
Perdana menteri berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program latihan dan pendidikan menerusi Tekun Nasional, Tranformasi Kedai Runcit (Tukar), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Skim Permulaan Ekonomi Bumiputera (Superb), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dana Usahawan Muda, e-Reseki dan Dana Mudahcara.
Dari segi pengawalan kos pula, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Klinik 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia.
"Saya benar-benar mengharap program-program ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana perkara inilah yang saya usahakan pada setiap hari sebagai perdana menteri," katanya.
Demikianlah Artikel Kos Sara Hidup Di Malaysia Terendah Di Asean
Sekianlah artikel Kos Sara Hidup Di Malaysia Terendah Di Asean kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kos Sara Hidup Di Malaysia Terendah Di Asean dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/kos-sara-hidup-di-malaysia-terendah-di.html