Judul : MARA INC : TERUSKAN SPRM ...!
link : MARA INC : TERUSKAN SPRM ...!
MARA INC : TERUSKAN SPRM ...!
SUMBER
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil sesiapa sahaja pihak berkaitan bagi memberi kenyataan untuk membantu siasatan kes pembelian hartanah oleh Mara Inc Sdn Bhd (Mara Inc) di Melbourne, Australia.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata individu yang akan dipanggil adalah mengikut keperluan siasatan, dan tidak semestinya bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Tambah Dzulkifli, sekiranya tiada keperluan individu berkenaan tidak akan dipanggil.
“Itu kita akan lihat keperluan siasatan. Sekiranya ada keperluan, kita akan panggil sesiapa sahaja dan tidak semestinya Datuk Shafie Apdal. Siasat saja (individu) yang boleh beri keterangan (atau) terlibat. Kita tengok dulu, kalau perlu kita panggil. Kalau tak perlu, kita tidak (panggil),” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama barisan Exco di Pejabat Menteri Besar Johor di Iskandar Puteri, Johor.
Demikianlah Artikel MARA INC : TERUSKAN SPRM ...!
Sekianlah artikel MARA INC : TERUSKAN SPRM ...! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MARA INC : TERUSKAN SPRM ...! dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/mara-inc-teruskan-sprm.html