Judul : MCA mahu MP DAP bayar RM100 juta
link : MCA mahu MP DAP bayar RM100 juta
MCA mahu MP DAP bayar RM100 juta
MCA meminta, antara lain, RM100 juta sebagai ganti rugi dalam surat tuntutan yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng.
Ia berkenaan tuduhan Lim pada bulan lalu mengenai parti itu 'menyapu' dana kerajaan yang disalurkan bertujuan untuk sekolah-sekolah vernakular Cina.
"Begitu banyak sifar (dalam surat tuntutan). Saya rasa RM100 juta (permintaan MCA).
"Mungkin MCA fikir saya jutawan atau saya sentiasa dapat derma dalam akaun peribadi saya tetapi tidak, saya tidak mempunyai RM100 juta," kata Lim dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam surat tuntutan bertarikh 29 Mac itu, MCA turut meminta Lim menarik balik kenyataan beliau, mengeluarkan permohonan maaf secara penuh dan memberi jaminan tidak akan mengulangi kenyataannya.
Mereka juga memberikan Lim tujuh hari dari tarikh surat berkenaan untuk memberi maklum balas terhadap tuntutan mereka dan kemungkinan memulakan prosiding undang-undang terhadapnya selepas itu.
Lim yang memaklumkan beliau menerima surat itu beberapa hari lalu berkata, peguamnya telah membalas surat tuntutan tersebut.
Demikianlah Artikel MCA mahu MP DAP bayar RM100 juta
Sekianlah artikel MCA mahu MP DAP bayar RM100 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MCA mahu MP DAP bayar RM100 juta dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/mca-mahu-mp-dap-bayar-rm100-juta.html