Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan

Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan
link : Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan

Baca juga


Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan

 i
Mohd Zaini Samsu Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) mahu Mufti Wilayah Persekutuan letak jawatan kerana mendakwa banyak mengeluarkan fatwa dianggap remeh termasuk larangan mengutip derma semasa solat Jumaat baru-baru ini.

Zamihan Mat Zain Al-Ghari berkata, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sepatutnya membawa perkara yang lebih besar terutama melibatkan umat Islam.

“Kita sedihlah mufti macam ni. Dia (Zulkifli) tak rujuk Akta Petadbiran Wilayah Persekutuan 1993.. tak payah jadi muftilah letak jawatan daripada jadi mufti.

“Mufti apa nak buat ribut-ribut kepada masayakat, mufti apa nak kecoh pasal benda kecil ini. Mufti ni patutnya kerja dia memimpin umat ke jalan yang benar,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada fatwa terbaharu Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan yang melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang berkhutbah semasa solat Jumaat.

Zamihan menegaskan, fatwa itu mengarut dan menyeleweng dan menyifatkan jawatankuasa perundingan syarak yang mengeluarkan ketetapan itu tiada integriti dalam meletakkan hukum syarak.

“Mereka bawa tiga dalil hadis untuk mengesahkan perlakuan (menggerakkan tabung kutipan) itu haram. Sepatutnya nak letak dalil hukum syarak perlu bawa dalil dari al-Quran dulu, baru boleh kata wajib atau haram.

“Ini mereka tidak bawa pun dalil al-Quran tapi hanya bawah dalil hadis saja. Itu tiada integriti dalam fatwa namanya,” katanya lagi.

Zamihan berkata, meskipun jemaah solat Jumaat sering diingatkan agar tidak bercakap walau mengingatkan saudaranya mengenai perkara itu sekali pun namun tidak sesekali syarak mengatakan bahawa solat Jumaat mereka itu tidak sah atau tidak mendapat pahala.

Sebaliknya kata beliau, jemaah itu hanya tidak mendapat pahala terhadap kesempurnaan dalam mendirikan solat Jumaat sahaja.

“Kutip derma itu untuk masjid juga dan untuk kepentingan umat Islam. Tidak ada ijmak ulama yang mengatakan perkara itu (mengutip derma ketika khutbah Jumaat) sebagai haram. Mereka hanya buat analogi yang kabur,” ujarnya.

Baru-baru ini, JAWI mengeluarkan arahan melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat.

Ketetapan larangan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-100, yang bermesyuarat pada 27 Februari lalu di Putrajaya.

Surat arahan yang turut disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, merangkap pengerusi mesyuarat jawatankuasa berkenaan diputuskan selepas merujuk ketetapan termasuk yang dibuat Jabatan Mufti Johor.

Dalam perkembangan sama, Zamihan mengambil contoh sdimana ketika khatib sedang berkhutbah tiba-tiba berlaku kejadian ragut di hadapan masjid dan disedari oleh jemaah yang sedang mendengar khutbah.

Soalnya, adakah hanya perlu dilihat sahaja kejadian itu atau perlu menangkap peragut terbabit, katanya.

“Sudah tentulah kita akan melakukan sesuatu bagi membantu mangsa yang didalam kesusahan itu. Jadi, dalam hal ini adakah pahala Jumaat jemaah yang membantu mangsa itu langsung tidak ada,” jelasnya.

Katanya, ramai orang bertemu dengannya ekoran keliru dengan arahan terbaru yang dikeluarkan oleh JAWI selepas sekian lama perkara itu berlaku.

“Mereka bertemu dengan saya bertanya perkara ini dan saya jawab itu fatwa menyeleweng dan tidak perlu dipatuhi,” tegasnya. – MalaysiaGazette




Demikianlah Artikel Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan

Sekianlah artikel Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Wilayah patut letak jawatan – Zamihan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/mufti-wilayah-patut-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates: