Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin

Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin
link : Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin

Baca juga


Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Tindakan dua kali pihak polis membatalkan debat di antara Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas,membuktikan polis telah diarahkan berbuat demikian oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pembatalan debat itu sesuatu yang melucukan atas alasan polis berkemungkinan berlaku kekecohan antara dua penyokong.

"Adalah terlalu melucukan apabila pihak polis telah dua kali terpaksa membatalkan debat di antara DatukSeri Nazri dan Tun Dr Mahathir atas alasan bimbang berlakunya kekecohan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak.

"Sebenarnya Datuk Seri Najib Razak yang bertanggugjawab mengarahkan debat tersebut dibatalkan kerana beliau terlalu bimbang kesan perdebatan itu akan menelanjangkan semua penglibatan beliau dan kroninya dalam isu 1MDB," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tindakan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff semala, yang dipetik berkata polis menerima 18 laporan daripada orang awam di Selangor yang membantah debat yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf pada 7 April ini.

Sebelum itu debat sama antara dua seteru politik itu sepatutnya diadakan di Padang Rengas, Perak, pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, acara yang dikatakan bakal berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar itu tidak menjadi kenyataan apabila polis enggan membenarkannya.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dipetik berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai

Sambung Salahuddin lagi, beliau yakin pembatalan dua lokasi debat itu kerana Umno bimbang dengan pendedahan fakta yang akan dikemukakan Dr Mahathir.

"Saya yakin dan percaya bahawa Tun Mahathir bukan sahaja akan mendedahkan fakta sedia ada berkaitan 1MDB tetapi juga bakal mengemukakan bukti-bukti terkini yang beliau terima untuk memastikan rakyat yakin bahawa Najib mengamalkan kleptokrasi terhadap dana awam untuk kepentingan peribadi dan keluarga beliau.

"Ahli-ahli Umno berhak untuk merasa malu dan aib kerana dengan begitu ramai pimpinan Umno, hanya Datuk Nazri satu-satunya memiliki kejantanan untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir.

"Malangnya yang jantan seorang inipun pihak polis diarah untuk menghalang beliau untuk mempertahan Najib," ujarnya.

Justeru Salahuddin berkata jika beliau berada di tempat Ahli Parlimen Pekan itu, beliau sendiri akan menentang Dr Mahathir.

"Sekali lagi saya nyatakan sekiranya saya berada di tempat Najib, saya sendiri akan menentang Tun Mahathir demi mempertahankan maruah kerajaan, negara dan nama baik keluarga Tun Razak.

"Dari hidup bercerminkan bangkai, baiklah mati bergalang tanah. Najib harus buktikan kejantanannya jika dia berada di pihak yang benar," tegasya.



Demikianlah Artikel Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin

Sekianlah artikel Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/najib-arah-polis-batalkan-debat-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :