nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam

nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam
link : nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam

Baca juga


nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam

Oleh Shuhaniza Said & Ainor Rahim
Post Pic
 
 
ALOR SETAR:  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh nasib hubungan parti itu dengan PKR apabila merasmikan mukatamar PAS hari ini, namun menegaskan pihaknya kesal dengan parti tertentu yang menentang agenda untuk meningkatkan syiar Islam. 
 
Tanpa menyebut nama, Hadi juga menegur parti-parti berteraskan Melayu yang diperkudakan oleh rakan sekutu mereka sehingga membelakangkan Islam. 
 
“Ada pula dikalangan umat Islam yang terlalu teruja, sehingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam, sedangkan umat Islam ingin kembali pada kehidupan beragama sebagai satu cara hidup,” kata beliau. 
 
Hadi dilihat membidas DAP sebagai parti perkauman dan berkata PAS akan terus memperjuangkan Islam sebagai teras penyelesaian pelbagai kemelut yang melanda negara. 
 
“PAS hanya menentang sikap chauvinis dan perkauman sempit parti – parti tertentu ini sahaja. Apa yang penting ialah, kita menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea–idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia,” kata beliau. 
 
Setelah Dewan Ulama dan sayap Pemuda PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR sejak dua hari lalu, Hadi dilihat enggan diheret ke dalam isu itu, pada perasmian muktamar parti itu. 
 
Sebaliknya ucaptama beliau lebih bertumpu kepada gerak kerja yang di susun oleh PAS tanpa cenderung kepada sama ada Pakatan Harapan mahupun Umno-Barisan Nasional (BN). 
 
Bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu menzahirkan rasa kesal dengan kecenderungan parti-parti tertentu yang dilihat mengekang perjuangan PAS, khususnya dalam usaha untuk mempertingkatkan undang-undang Islam di negara ini. 
 
“Apa yang kita kesalkan ialah, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba – lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini. 
 
“Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini,” kata Hadi.   
 
“Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan “Islam sebagai Agama Persekutuan,” tegas beliau.
 
Hadi berkata PAS peka kepada kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan parti itu menyusun langkah berkesan untuk memenangi kefahaman mereka mengenai perjuangan PAS. 
 
“Apa yang pentingnya ialah kita tidak tidur dan hanyut dengan politik moden yang meminggirkan panduan Al-Quran dan As-Sunnah, atau yang hanya mengambil sekerat-sekerat dari ajaran Islam sehingga menjadi alat mainan kepada pihak yang terang dan nyata menjadi musuh kepada Islam dengan agenda pecah perintah dan penyelewengan ilmu yang dirancangkan terhadap umat Islam,” tegas Hadi. 
 
Beliau juga mengumumkan PAS  akan melancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) merangkumi asas – asas kenegaraan yang ingin didirikan oleh parti itu. 
 
“Secara umumnya, kita ingin membina sebuah negara yang mempunyai ciri Keharmonian Dan Keadilan Sosial, Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir Kemantapan Dan Kemapanan Ekonomi, Keberkesanan Sistem Pendidikan, Kecemerlangan Insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai asas panduannya sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan,” kata Hadi. 
 
Hadi yakin PAS mampu mencerna sebuah “gelombang tsunami hijau” pada pilihanraya umum akan datang dengan terus mendokong politik kematangannya. 
 
“ Budaya politik matang dan sejahtera (BPMS)… lebih berkesan terutama dalam masyarakat Malaysia yang bencikan budaya keras – kasar dan politiking melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif negatif dan penuh kebencian, sedangkan rakyat tidak berubah keadaan hidup mereka. 
 
“Pendekatan ini juga menepati ciri muwajahah silmiyah yang kita amalkan, bahkan lebih menepati sirah perjuangan Islam,” kata beliau
 
 
 


Demikianlah Artikel nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam

Sekianlah artikel nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel nal Hadi: PAS tentang parti perkauman dan penghalang syiar Islam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/nal-hadi-pas-tentang-parti-perkauman.html

Subscribe to receive free email updates: