Judul : Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini
link : Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini
Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini
DALIA ISMAILParti Generasi Baru memohon untuk menyertai rakan parti dalam gabungan Pakatan Harapan yang disertai PKR,DAP,Amanah dan Bersatu hari ini.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyerahkan surat permohonan rasmi parti itu kepada Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen petang ini.
Walaupun Parti Generasi Baru (NewGen Party) ini merupakan sebuah parti yang tidak aktif, namun Khairuddin berpendapat kepimpinan tertinggi parti itu menyakini permohonan keanggotaan sebagai salah satu rakan dalam Pakatan Harapan yang baharu dapat diluluskan oleh Sekretariat Pakatan Harapan dengan nama baharu Parti Bebas Rasuah (PBR) yang sedang menanti kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Hari ini kami serah secara rasmi surat permohonan Parti Generasi Baru sebagai sebahagian daripada rakan dalam parti Pakatan Harapan.
"Kami meletakkan harapan tinggi dan berdoa agar Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat pertimbangan sewajarnya ke arah untuk meluluskan permohonan kami menjadi 'coalation partner' dalam pakatan ini," ujarnya dalam sidang media diadakan.
Ditanya tentang sasaran kerusi yang mungkin akan ditandingi parti itu, Khairuddin berkata, ia terpulang kepada keputusan Pakatan Harapan.
"Bagi saya soalan itu 'pre mature' (kerusi bertanding) kerana matlamat kami hanya memberi fokus untuk menjatuhkan perdana menteri Najib Razak, itu keutamaan perjuang kami.
"Sama ada bertanding atau tidak bertanding itu perkara lain.
"Kami kena akur jika Pakatan Harapan beri kerusi atau andai kata tidak diberi sebarang kerusi jadi kami tidak bertanding... kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.
Parti Generasi Baru adalah sebuah parti yang tidak aktif sejak ditubuhkan pada Ogos 2013.
Semalam barisan kepimpinan baharu diumumkan untuk mengambil alih parti itu dengan nama baharu yang akan didaftarkan sebagai Parti Bebas Rasuah (PBR).
Parti Bebas Rasuah itu kini dianggotai oleh Presiden Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor; Timbalan Presiden Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan;Naib Presiden Syed Nazaruddin Syed Aziz dan AP Rajaretinam Armuggan; Setiausaha Agung Gobi Krishnan Saranggabani;Bendahari Tan Chee Seng;Ketua Penerangan Abdul Ghani Haroon dan Ahli Surendran Shamugam.
Semua barisan kepimpinan tertinggi parti ini terdiri dikalangan pejuang yang pernah ditahan di bawah akta Sosma, ISA, OSA, Akta Perhimpunan Aman dan beberapa akta lain lagi.
Demikianlah Artikel Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini
Sekianlah artikel Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Parti Ezam bebas rasuah mohon sertai Pakatan Harapan hari ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/parti-ezam-bebas-rasuah-mohon-sertai.html