Judul : Pelajar Tahfiz Dipotong Kedua-Dua Kaki Akibat Sering Dipukul Warden
link : Pelajar Tahfiz Dipotong Kedua-Dua Kaki Akibat Sering Dipukul Warden
Pelajar Tahfiz Dipotong Kedua-Dua Kaki Akibat Sering Dipukul Warden
Johor Bahru - Seorang pelajar sebuah pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi terpaksa dipotong kedua belah kakinya yang dijangkiti kuman dan darah beku setelah didakwa sering dirotan pembantu warden asrama pusat tahfiz berkenaan baru-baru ini.Ibu pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad, 40, berkata, anaknya, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi, 11, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu mendaftar masuk ke pusat tahfiz berkenaan pada 27 Januari lalu.
“Dia pada awalnya sangat gembira kerana dapat belajar di pusat tahfiz berkenaan, namun sejak akhir-akhir ini dia berubah dan meminta saya mengeluarkannya dari situ setelah dia dan rakannnya sering dipukul oleh seorang pembantu warden di tapak kaki dan betis dalam keadaan sujud.
“Saya akhirnya membuat keputusan mengeluarkannya daripada tahfiz tersebut pada 31 Mac lalu setelah mendapati keadaan anak saya tidak lagi seperti dahulu dan seolah-olah ketakutan untuk kembali ke sana,” katanya ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sebentar tadi.
Felda Wani berkata, keadaan kesihatan anaknya itu semakin merosot setelah dibawa keluar daripada pusat tahfiz berkenaan sebelum dimasukkan ke HSI pada Rabu lalu.
“Kedua-dua kaki anak saya menjadi lebam kemerahan dan doktor yang merawat mengatakan terdapat darah beku dan jangkitan kuman yang telah merebak ke buah pinggang anak saya.
“Doktor tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melakukan pembedahan semalam bagi memotong kedua-dua belah kaki anak saya bagi mengelakkan kuman itu daripada merebak,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Felda Wani yang merupakan seorang guru di sekolah rendah di Kota Tinggi berkata, dia masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui sama ada kejadian yang menimpa anaknya itu adalah kesan daripada hukuman rotan berkenaan.
Beliau dan keluarga yang tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada 19 Mac lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, pihaknya akan memanggil pembantu warden tersebut bagi membantu siasatan berkenaan.
Katanya, pihaknya juga akan mendapatkan laporan daripada hospital berkenaan bagi membantu siasatan.
Demikianlah Artikel Pelajar Tahfiz Dipotong Kedua-Dua Kaki Akibat Sering Dipukul Warden
Sekianlah artikel Pelajar Tahfiz Dipotong Kedua-Dua Kaki Akibat Sering Dipukul Warden kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Tahfiz Dipotong Kedua-Dua Kaki Akibat Sering Dipukul Warden dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/pelajar-tahfiz-dipotong-kedua-dua-kaki.html