Judul : PKR, AMANAH anggap 'monyet berserban' cubaan sabotaj
link : PKR, AMANAH anggap 'monyet berserban' cubaan sabotaj
PKR, AMANAH anggap 'monyet berserban' cubaan sabotaj
PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah menganggap tindakan menggantung patung monyet berserban di tepi jalan menuju Kompleks PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar sebagai tindakan sabotaj.
Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail menyifatkan tindakan meletakkan patung monyet berkenaan bersama bendera PKR dan AMANAH sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Ini disabotaj oleh seseorang. Kita tidak pernah menyerang orang secara peribadi. Kita akan ambil tindakan jika ada di kalangan ahli kita yang terlibat.
"Kita naikkan bendera (di kawasan itu) sebab kita ada program dengan (Naib Presiden PKR) Rafizi (Ramli) di Kuala Kedah," katanya kepada Malaysiakini.
Bagi Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, beliau tidak tahu siapa melakukan perbuatan itu dan menganggap ia dilakukan kumpulan sama yang menggantung kain rentang 'harumanis'.
Jelasnya, AMANAH negeri sejak 17 Januari lalu lagi secara berterusan memperkenalkan parti itu dengan menaikkan bendera di pelbagai kawasan antaranya Kuala Kedah, Alor Setar dan Kota Sarang Semut.
"Kita pun tak tahu siapa yang letak patung dan selendang PAS tu. Kita tak tahu siapa buat.
"Mungkin kumpulan yang sama buat ini (kain rentang). Kain rentang itu cukup banyak. Di sekitar Batu 9 dan Jalan Kuala Kedah," katanya.
Mahfuz tak terasa hati
Sementara itu, bagi Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, beliau memberitahu bahawa kain rentang tersebut tidak memberi kesan kepada dirinya.
Malah, katanya, semangat beliau untuk terus berusaha menyedarkan pemimpin dan anggota PAS tentang pentingnya bersama Pakatan Harapan tidak luntur.
"Saya ucap terima kasih pada orang yang buat benda ini. Saya tak terasa hati apa-apa pun.
"Tak terkesan sedikit pun semangat saya untuk terus berusaha menyedarkan pimpinan dan anggota PAS tentang pentingnya untuk bersama Pakatan Harapan.
"Walaupun pimpinan PAS mahu putuskan hubungan dengan PKR dan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan tetapi saya percaya majoriti anggota PAS mahu bersama Pakatan Harapan," katanya.
Hari ini Malaysiakini melaporkan, hari pertama persidangan Muktamar Tahunan PAS ke-63 dicemari dengan seekor patung monyet berserban yang ditemui tergantung di sebatang pokok.
Patung monyet yang lengkap berserban, berkaca mata serta diletakkan 'misai' itu digantung di atas pokok di Jalan Tandop yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kompleks PAS Kota Sarang Semut.
Di kawasan berlainan, satu kain rentang yang memaparkan tiga wakil rakyat PAS negeri digesa keluar dari parti Islam tersebut ditemui digantung di Jalan Putra, Alor Setar.
Tiga pemimpin yang digelar sebagai 'harumanis' itu merupakan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bekas Yang Dipertua PAS Kuala Kedah serta ADUN Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta ADUN Kubang Rotan Nasir Mustafa.
Demikianlah Artikel PKR, AMANAH anggap 'monyet berserban' cubaan sabotaj
Sekianlah artikel PKR, AMANAH anggap 'monyet berserban' cubaan sabotaj kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR, AMANAH anggap 'monyet berserban' cubaan sabotaj dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/pkr-amanah-anggap-monyet-berserban.html