Judul : PRU14: 'Kita Sudah Asah Keris, Bila-Bila Pun Boleh Menang'
link : PRU14: 'Kita Sudah Asah Keris, Bila-Bila Pun Boleh Menang'
PRU14: 'Kita Sudah Asah Keris, Bila-Bila Pun Boleh Menang'
Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi PRU14 sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.Menurut Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, persiapan rapi telah dan sedang dibuat oleh Umno serta parti-parti komponen BN dan beliau yakin gabungan jentera yang kuat itu mampu mempertahankan Putrajaya.
"Pilihan raya boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan. Tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang. Kita sudah asah keris," katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi Umno dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.
Bagaimanapun Najib mengingatkan pemimpin dan jentera BN agar tidak terlalu memikirkan bila atau siapa yang bakal terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum itu nanti, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas masing-masing untuk menawan hati pengundi.
Demikianlah Artikel PRU14: 'Kita Sudah Asah Keris, Bila-Bila Pun Boleh Menang'
Sekianlah artikel PRU14: 'Kita Sudah Asah Keris, Bila-Bila Pun Boleh Menang' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: 'Kita Sudah Asah Keris, Bila-Bila Pun Boleh Menang' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/pru14-kita-sudah-asah-keris-bila-bila.html