Judul : Remaja Tipu Dirogol Pemandu Teksi, Lakukan Hubungan Seks Bersama Teman Lelaki
link : Remaja Tipu Dirogol Pemandu Teksi, Lakukan Hubungan Seks Bersama Teman Lelaki
Remaja Tipu Dirogol Pemandu Teksi, Lakukan Hubungan Seks Bersama Teman Lelaki
Kota Bharu - Polis menafikan dakwaan remaja perempuan dirogol pemandu teksi dalam kejadian Ahad lalu sebaliknya pelajar berusia 15 tahun itu sebenarnya meluangkan masa bersama teman lelakinya di Dabong, Kuala Krai pada hari kejadian.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, remaja itu mengaku telah berjumpa teman lelakinya berusia 17 tahun dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka.
Katanya, remaja berkenaan yang takut perbuatannya itu terdedah telah membuat laporan palsu dengan mengaitkan seorang pemandu teksi telah merogolnya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketereh.
“Tuduhan remaja itu hanya cerita rekaan semata-mata. Kes itu telah dimanipulasikan dan siasatan polis mendapati pemandu teksi seperti yang didakwa sebagai pelaku dalam kes tersebut sebenarnya tidak wujud,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan lanjut mengenai kes tersebut sedang berjalan.
Semalam polis menafikan laporan seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa nafsu buas seorang pemandu teksi apabila dirogol ketika menaiki kenderaan tersebut untuk pulang ke rumahnya di Ketereh.
Kejadian tersebut telah viral di laman sosial facebook sejak kelmarin mengenai seorang remaja perempuan dirogol dan ditinggalkan pemandu teksi di tepi jalan di Tanah Merah.
Demikianlah Artikel Remaja Tipu Dirogol Pemandu Teksi, Lakukan Hubungan Seks Bersama Teman Lelaki
Sekianlah artikel Remaja Tipu Dirogol Pemandu Teksi, Lakukan Hubungan Seks Bersama Teman Lelaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja Tipu Dirogol Pemandu Teksi, Lakukan Hubungan Seks Bersama Teman Lelaki dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/remaja-tipu-dirogol-pemandu-teksi.html