RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam

RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam
link : RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam

Baca juga


RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam

ARIF ATAN


Usul persendirian Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 perlu mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua RUU Kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.
Dr Zulqarnain LuqmanDr Zulqarnain Luqman

Walau bagaimanapun, bekas Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Peringkat Kebangsaan, Dr Zulqarnain Luqman menganggap RUU Kerajaan tidak akan pernah selesai.

"Jika nak bawa usul persendirian, kena habis urusan kerajaan dulu. Usul kerajaan tidak pernah habis dalam satu-satu sidang Parlimen," katanya dalam forum Live Bongkar anjuran Amanah Johor semalam.

Beliau juga mempertikai tindakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahu membentangkan pindaan Akta 355 sebagai usul persendirian.

"Soalnya sekarang, kita melihat kerajaan persekutuan sudah sedia untuk meminda peruntukan tersebut, kenapa kita (Pas) harus ambil beban tersebut. Pindaan Akta 355 memang pernah dilakukan kerajaan tetapi bukan melalui usul persendirian.

"Dalam sistem BN sekarang, apa-apa usul yang dibenarkan kerajaan, kalau tidak lulus, ia semacam usul tidak percaya kepada kerajaan itu sendiri," tegasnya.

Menurutnya, pindaan terhadap Akta 355 yang hanya bertujuan menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman itu bergantung pada kebenaran pihak kerajaan.

"Macam kita lihat usul pensendirian (355) ini, dulu di kedudukan keempat, bila masuk RUU lain, ia jatuh (kedudukan) bermakna urusan kerajaan tidak akan habis dalam satu sidang parlimen tersebut.

"Kalau nak naik (kedudukan RUU 355), dia (Abdul Hadi) mesti mendapat 'syafaat' daripada menteri, sebab itu mesti bagaimanapun ada rundinagn.

"Dulu masa (Ahli Parlimen) Marang buat, Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bawa usul itu didahulukan seperti mengikut Peraturan Mesyuarat 49," jelasnya dalam forum "RUU 355: Apa dah jadi?" yang dimoderatorkan Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.

Mengulas lanjut, Zulqarnain tidak menolak wujudnya gangguan pada jawatankuasa teknikal terbabit apabila Abdul Hadi yang juga Presiden Pas mahu membentangkan RUU 355 sebagai usul persendirian.

"Saya fikir ada gangguan pada jawatankuasa teknikal sebab saya dan seorang lagi, saudara Ahmad Tarmizi tidak dijemput hadir untuk mesyuarat seterusnya.

"Saya difahamkan ada satu mesyuarat yang dipanggil hanya untuk memaklumkan bahawa usul persendirian berkenaan sudah dimasukkan," ujarnya.

Beliau memberitahu jawatankuasa teknikal berkenaan sebelum ini sudah mengenal pasti halangan untuk pindaan Akta 355 dilakukan.

"Kita sudah kaji dan satu kertas kerja sudah dibentangkan oleh penasihat undang-undang pada masa itu tentang prosedur, apa berlaku.

"Tiada dalam sejarah Malaysia ada usul persendirian diluluskan. Pindaan Akta 355 perlu dibawa oleh kerajaan dan kerajaan pun bersetuju untuk bawa pindaan itu.

"Pindaan itu sepatutnya diluluskan oleh Majlis Raja-Raja tetapi ada beberapa masalah teknikal untuk diperhalusi semula," katanya.

Zulqarnain turut menyifatkan dakwaan RUU 355 kononnya memperkasakan Mahkamah Syariah tidak tepat dalam erti kata sebenar memandangkan pindaan akta terbabit hanya menyentuh aspek undang-undang jenayah syariah.

"Mahkamah Syariah ini ada urusan nikah cerai dan sebagainya dan itu tidak termasuk dalam apa yang diusahakan," tambahnya lagi.



Demikianlah Artikel RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam

Sekianlah artikel RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/ruu-355-usul-kerajaan-tidak-pernah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :