Judul : Siti Noor Aishah 'di kambing hitam' agar generasi muda tidak menuntut hak
link : Siti Noor Aishah 'di kambing hitam' agar generasi muda tidak menuntut hak
Siti Noor Aishah 'di kambing hitam' agar generasi muda tidak menuntut hak
MALAYSIA DATELINESiti Noor Aishah Atam adalah sasaran mudah oleh pihak berkuasa supaya dapat menundukkan pemikiran dan tindak tanduk generasi muda untuk tidak berani menuntut hak mereka, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata,walaupun Malaysia akan menuju kepada negara maju 2050 masih mempunyai mentaliti dunia kelas ketiga.
"Aishah adalah "soft target"- sasaran yang mudah, untuk pihak berkuasa menjadikan contoh kambing hitam dalam kalangan anak muda supaya mereka tunduk dan tidak berani atau berupaya menuntut hak mereka.
"Sewajarnya Aishah perlu pembelaan dari semua pihak. Anak-anak kita atau kita sendiri yang suka membaca dan menyelidik, berpotensi terdedah menjadi mangsa seperti Aishah.
"Hari ini Aishah, esok siapa pula ? Ini bukan isu Aishah sahaja , tetapi isu hak kemanusiaan dan masa depan anak muda yang diminta Kerajaan mengejar tahun 2050 kerana impian 2020 telah gagal dicapai bukan hanya dari aspek pendapatan kewangan tetapi juga dari aspek hak asasi kita," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan kembali bekas pelajar sarjana Usuluddin, Universiti Malaya, Siti Noor Aishah,29, susulan rayuan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau pada September tahun lalu
Siti Noor Aishah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana memiliki 12 buah buku yang didakwa berkaitan dengan kumpulan pengganas. Namun berkuatkuasa pada 27 Mac lalu, beliau sekali lagi ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) selepas beliau hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Raja Bahrin berkata, penahanan terhadap Siti Noor Aishah bukan hanya mengancam hak asasi manusia tetapi juga pencabulan ke atas hak kebebasan dan intelek generasi anak muda hari ini.
"Malaysia negara "maju" hanya pada kulitnya, sementara isinya masih diselubungi sikap pemikiran -mentality dunia kelas ketiga.
Anak muda yang celik maklumat tentu sedar ini semua. Kerana itulah Kerajaan menganggap mereka ancaman kepada pemerintah hari ini.
"Tidak pernah generasi anak muda dan mereka yang mendokong aspirasi tinggi saperti pemimpin muda Rafizi Ramli dicabar begitu hebat seperti apa yang berlaku hari ini.
"Baru- baru ini aktivis anak muda Adam Adli, Che Gu Bard dan Safuan Anang dikenakan hukuman denda RM6,000 ringgit dan sekali gus menghilangkan kelayakan mereka menyertai pilihanraya untuk mewakili suara anak muda.
"Rafizi Ramli pula dikenakan hukuman penjara melebihi 2 tahun yang menghilangkan kelayakan beliau bertanding semula. Anis Syafiqah, Shazni Munir, Khairol Najib dan kini Siti Aishah adalah di antara mangsa terkini tindakan zalim kerajaan," ujarnya.
Justeru katanya, tektik intimidasi kepada anak muda serta rakyat jelas ditunjukkan dalam cara penyerbuaan rumah keluarga Aishah di Dungun, Terengganu oleh 40 orang anggota keselamatan yang bersenjata apabila menangkap beliau.
Bagi Raja Bahrin, tindakan itu adalah kegunaan kuasa secara keterlaluan untuk mengintimidasi generasi muda.
"Sebanyak 12 buku yang disabitkan kesalahan Aishah sehingga hari ini, selepas tempoh satu tahun, masih tidak diharamkan oleh pihak berkuasa.
"Buku-buku ini masih dijual di beberapa kedai buku awam. Jika betul buku-buku tersebut adalah sebab utama Aishah ditangkap, pihak berkuasa sangat tidak bertanggung jawab kerana selepas satu tahun, masih mendedahkan orang ramai kepada "bahaya" buku -buku tersebut yang boleh menyebabkan mereka juga ditangkap.
"Di manakah konsistensi dan sikap bertanggung jawab kerajaan dalam isu ini?,soalnya.
Justeru kata Raja Bahrin isu penangkapan Siti Noor Aishah ini perlu dijawab di Parlimen kerana Parlimen ujarnya yang telah meluluskan Sosma dan Pota yang kini dakwanya, disalah gunakan.
"Pertamanya, intimidasi tuduhan keatas Aishah tidak terbukti dari aspek bukti dan hujah yang lemah di mana mahkamah sendiri membebaskan beliau.
"Laporan awam tentang ancaman budaya takfiri tempatan yang dirakamkan, di mana pihak tertentu di Masjid dan Surau bertindak secara ekstrim mengistiharkan "halal darah" dan wajib "dihapuskan" sehingga kini belum ada apa -apa tindakkan oleh pihak berkuasa.
"Perkara ini telah berkali-kali dibawa ke Parlimen. Ini adalah aspek tindakkan secara terpilih - 'selective prosecution' ke atas anak muda sementara pesalah di kalangan ekstrimis agamawan tidak diambil tindakan sepatutnya oleh kerajaan dan pihak berkuasa," ujarnya.
Katanya lagi, propaganda intimidasi dan janji manis adalah gandingan tektik Kerajaan untuk melemahkan dan melalaikan generasi muda.
"Aishah adalah simbol mencerminkan masalah yang dihadapi oleh generasi anak muda hari ini. Aishah adalah seorang pelajar muda cerdik yang sedang membuat kajian untuk Masters dari keluarga luar bandar yang miskin.
"Keluarga Aishah yang susah mesti meminjam dari orang ramai untuk pembelaan guamannya yang mahal. Aishah dan keluarganya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai kedudukan atau pengaruh untuk membela beliau," ujarnya.
Demikianlah Artikel Siti Noor Aishah 'di kambing hitam' agar generasi muda tidak menuntut hak
Sekianlah artikel Siti Noor Aishah 'di kambing hitam' agar generasi muda tidak menuntut hak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siti Noor Aishah 'di kambing hitam' agar generasi muda tidak menuntut hak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/siti-noor-aishah-di-kambing-hitam-agar.html