Judul : Tidak boleh berbahasa Inggeris punca majikan pilih warga asing
link : Tidak boleh berbahasa Inggeris punca majikan pilih warga asing
Tidak boleh berbahasa Inggeris punca majikan pilih warga asing
Persekutuan Majikan Malaysia berkata pekerja Myanmar dan Filipina digemari untuk mengisi kekosongan di sektor jualan dan perkhidmatan
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) kecewa dengan kekurangan berterusan pekerja layak yang mahir berbahasa Inggeris dan menyebabkan negara mengalami kerugian besar.
Pengarah Eksekutif Datuk Shamsuddin Bardan berkata banyak syarikat mengambil pekerja asing yang boleh berbahasa Inggeris untuk mengisi kekosongan di sektor jualan dan perkhidmatan walaupun terdapat 200,000 siswazah tempatan yang menganggur.
Beliau berkata industri perkhidmatan yang menyumbang 60% daripada ekonomi memerlukan pekerja yang mahir berbahasa Inggeris.
“Malah bagi kerja jualan mudah, kami bergantung kepada pekerja dari Myanmar dan Filipina untuk mengisi kekosongan,” katanya kepada FMT,
“Kami selalu berdepan masalah untuk mengisi jawatan yang memerlukan orang tempatan boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini tidak baik untuk kita.”
Beliau berkata hala tuju dasar pendidikan yang berubah-ubah sejak dahulu menyumbang kepada masalah itu.
Sistem pendidkan terpaksa berdepan dasar yang tidak konsisten tanpa keutamaan diberikan kepada pembelajaran bahasa Inggeris, tambahnya.
Shamsuddin berkata salah satu cara mengatasi kekurangan itu dengan mendorong anak muda memperbaiki kemahiran komunikasi, terutamanya menguasai bahasa dunia itu.
“Mereka boleh belajar dari Youtube atau mendaftarkan diri ke sekolah bahasa. Harganya juga tidak begitu mahal,” katanya, dan menambah tidak ada cukup usaha diberikan ke arah insiatif seperti itu.
Beliau menambah majikan juga memerlukan bakat dalam big data – kemahiran menganalisis set data yang besar untuk mendedahkan pola, kecenderungan dan pertautan – untuk membantu mengenal pasti keadaan ekonomi.
Shamsuddin berkata majikan Malaysia sekarang ini menggaji pakar dari Bangalore, India untuk melakukan kerja khusus itu.
“Kira-kira 20% daripada ekonomi kita berdasarkan ekonomi digital. Tetapi yang mengejutkan kita tidak beri keutamaan kepada menghasilkan penganalisis data besar,” katanya.
Beliau menambah sekarang ini seolah-olah tiada rancangan untuk membangunkan bakat tempatan untuk memenuhi permintaan itu pada masa depan.
Beliau menggesa kementerian pendidikan, sektor swasta dan universiti memupuk kemahiran dalam data besar kerana ia berkaitan dengan semua sektor.
“Kita perlu melihat perkara ini dengan segera. Kita tidak boleh mencari sumber luar sepanjang masa,” katanya.
Demikianlah Artikel Tidak boleh berbahasa Inggeris punca majikan pilih warga asing
Sekianlah artikel Tidak boleh berbahasa Inggeris punca majikan pilih warga asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak boleh berbahasa Inggeris punca majikan pilih warga asing dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/tidak-boleh-berbahasa-inggeris-punca.html