Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang

Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang
link : Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang

Baca juga


Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang

ASTRO AWANI

Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang
Polis Sabah menyelamatkan tiga wanita warga asing daripada menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan orang dan eksploitasi seks di Sandakan petang semalam. -Gambar hiasan
 
 
KOTA KINABALU: Polis Sabah menyelamatkan tiga wanita warga asing daripada menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan orang dan eksploitasi seks di Sandakan petang semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga wanita yang berumur antara 15 hingga 17 tahun itu diselamatkan di sebuah hotel selepas polis menyerbu hotel itu hasil maklumat awam.

Katanya polis juga menahan seorang lelaki warga asing berumur 18 tahun yang memiliki pasport dipercayai penjaga kepada wanita berkenaan.
 
"Tangkapan (suspek) dibuat kira-kira 6 petang semalam. Kita juga ada merampas wang tunai kira-kira RM300 daripada suspek lelaki berkenaan. Kesemua wanita ini masih ditahan dan akan dihantar ke pusat perlindungan," katanya.

Razarudin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah terima motosikal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Pada majlis itu, Razarudin menerima 39 unit motosikal daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mahamad Akhir Darus.

Motosikal berkenaan akan diagihkan ke seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sabah untuk kegunaan anggota polis trafik dan anggota di bahagian siasatan jenayah.

Menurut Razarudin walaupun kes berkenaan masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan akan dijadikan mangsa exploitasi seks.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

"Suspek ini mungkin sebagai penjaga. Umur pun baru 18 tahun. Jadi siasatan akan menjurus kepada orang yang sepatutnya," katanya. -- BERNAMA 
 
 


Demikianlah Artikel Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang

Sekianlah artikel Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/tiga-wanita-asing-terselamat-daripada.html

Subscribe to receive free email updates: