Judul : Umno Kelantan serah kepada SPRM siasat ketua Wanita bahagian
link : Umno Kelantan serah kepada SPRM siasat ketua Wanita bahagian
Umno Kelantan serah kepada SPRM siasat ketua Wanita bahagian
Setiausaha Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, pihaknya yakin siasatan terhadap ketua wanita berusia 69 tahun itu tidak akan menjejaskan parti.
KOTA BHARU: Badan Perhubungan Umno Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat seorang ketua wanita bahagian parti negeri itu berhubung dakwaan kes penyelewengan.
Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, Umno Kelantan yakin siasatan terhadap ketua wanita berusia 69 tahun itu tidak akan menjejaskan parti.
“Dalam kes ini individu terbabit masih lagi menjawat jawatan ketua wanita Umno bahagian dan kita akan melihat hasil siasatan sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Umno ke-71 di Bangunan Umno Negeri di sini, hari ini.
Khamis lepas, SPRM mengambil keterangan bekas timbalan presiden Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang juga ketua wanita Umno bahagian di negeri ini, berhubung dakwaan kes penyelewengan dana pada pilihan raya kecil Parlimen Rompin pada 2015
Demikianlah Artikel Umno Kelantan serah kepada SPRM siasat ketua Wanita bahagian
Sekianlah artikel Umno Kelantan serah kepada SPRM siasat ketua Wanita bahagian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno Kelantan serah kepada SPRM siasat ketua Wanita bahagian dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/umno-kelantan-serah-kepada-sprm-siasat.html