Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP

Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP
link : Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP

Baca juga


Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Parti Alternatif Rakyat (PAP) mahu usul Umno Pulau Pinang yang mendesak peletakan jawatan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, diberi keutamaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Mei nanti.  
 
Naib Pengerusinya, Rahmad Ishak berkata, ini kerana ia berkaitan dengan soal integriti dan maruah kerajaan negeri selepas pemimpin itu kini terpalit dengan dakwaan rasuah.
 
"Asas kepada usul berkenaan lebih menjurus kepada soal integriti kepimpinan oleh seorang Ketua Menteri yang sedang berhadapan dengan proses pendakwaan perundangan jenayah dan dijangkakan akan dimuktamadkan untuk satu tempoh yang panjang sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan kelak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Katanya juga, kesemua 39 ADUN khususnya daripada Pakatan Harapan (PH) perlu berani dalam menterjemahkan tanggungjawab mereka agar slogan ketelusan yang dilaungkan kerajaan negeri selama ini dilaksanakan.
 
"Pihak kerajaan Pakatan Harapan (DAP dan PKR)perlu berani menterjemahkan tanggungjawap mereka atas dasar kepentingan umum menerusi slogan keramat mereka iaitu CAT untuk menyokong usul berkenaan, sama ada bagi ketua menteri bercuti ataupun melepaskan jawatan beliau.
 
"Diingatkan bahawa kesemua pembuat dasar dan polisi menerusi DUN harus serta bertanggungjawap dalam mempertahankan hak pengundi mereka malah tidak bersekongkol dengan menyokong kemungkaran bagi maksud mengekalkan kuasa politik semata-mata," katanya lagi.
 
"Pembentangan usul berkenaan perlu menjadi realiti serta contoh dan disokong atas dasar kepentingan awam tanpa wujud elemen sandiwara politik", tegasnya lagi. 
 
Sebelum ini, Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata parti itu akan membawa usul mendesak perletakan jawatan Lim Guan Eng, pada sidang DUN 19 Mei ini.
 
Menurut Zainal Abidin, usul itu berikutan Guan Eng kini sedang berdepan pendakwaan di mahkamah atas dua tuduhan rasuah termasuk pembelian banglo di bawah nilai pasaran.
 
Menurut beliau, usul itu juga berikutan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu membawa usul mengecam Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berhubung perbahasan beliau mengenai Rang Undang-Undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Parlimen baru-baru ini.
 
 


Demikianlah Artikel Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP

Sekianlah artikel Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usul desak Guan Eng letak jawatan perlu diutamakan - PAP dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/usul-desak-guan-eng-letak-jawatan-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: