Judul : 'Walaupun Terkilan, Saya Tetap Maafkan Dia'
link : 'Walaupun Terkilan, Saya Tetap Maafkan Dia'
'Walaupun Terkilan, Saya Tetap Maafkan Dia'
Kuala Lumpur - "Saya maafkan dia (pemandu van) walaupun terdetik di hati rasa terkilan kerana kecuaian dia meragut nyawa anak," kata Jumrah Thamrin, ibu kepada Muhammad Iqram Danish Abdullah, 6, yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam van sebelum disahkan meninggal dunia, Jumaat lalu.Jumrah, 38, berkata, anaknya menunggu van di depan rumah mereka di Bandar Country Homes, Rawang, kira-kira jam 2 petang untuk ke Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).
"Kira-kira 5 petang, pemandu van tiba di rumah kami, namun saya tidak nampak kelibat anak saya.
"Saya terkejut apabila dimaklumkan anak saya sudah dihantar ke klinik berhampiran tadikanya selepas pemandu itu menyedari anak saya tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu," katanya.
Katanya, dia bersama pemandu itu kemudiannya membawa Muhammad Iqram ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, arwah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kerana diserang strok haba," katanya.
Katanya, terdapat kekeliruan berhubung masa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Muhammad Iqram ada pulang ke rumah dulu untuk menyalin pakaian sebelum pergi semula ke tadika bagi sesi KAFA," katanya.
Demikianlah Artikel 'Walaupun Terkilan, Saya Tetap Maafkan Dia'
Sekianlah artikel 'Walaupun Terkilan, Saya Tetap Maafkan Dia' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Walaupun Terkilan, Saya Tetap Maafkan Dia' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/walaupun-terkilan-saya-tetap-maafkan-dia.html