Judul : Zairil, Dyana perlu buat laporan polis - Rahmad Ishak
link : Zairil, Dyana perlu buat laporan polis - Rahmad Ishak
Zairil, Dyana perlu buat laporan polis - Rahmad Ishak
Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud perlu membuat laporan polis bagi membersihkan nama mereka daripada terus dikaitkan dengan beberapa keping gambar tidak senonoh, yang menjadi tular baru-baru ini.
Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Ishak berkata meskipun Zairil dan Dyana menafikan mereka adalah lelaki dan wanita dalam gambar tersebut, ia tidak cukup untuk meyakinkan rakyat.
"Perlu ditegaskan bahawa penafian mereka menerusi media dalam isu berkenaan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga namun tidak mampu untuk melenyapkan bebanan fitnah secara menyeluruh.
“Sehingga satu siasatan oleh pihak polis dijalankan daripada hasil laporan oleh kedua-dua mereka dalam menentukan kesahihan mengenai identiti melalui gambar-gambar berkenaan," ujar beliau menerusi kenyataan medianya hari ini.
Baru-baru ini pelayan internet kecoh dengan penyebaran gambar seorang lelaki dan wanita dalam keadaan mesra termasuk aksi bercumbu, yang mirip wajah Zairil dan Dyana.
Zairil menafikan beliau adalah lelaki itu, sementara Dyana pula berkata ini adalah serangan peribadi ke atasnya dalam tempoh tertentu, namun tidak menafikan beliau ada kaitan dengan kontroversi itu.
Rahmad berkata Zairild an Dyana perlu terus membuat laporan polis dan tidak perlu berasa takut, jika benar mereka tiada kaitan dengan gambar tidak senonoh itu.
Bahkan mereka berdua dituntut berbuat demikian untuk mempertahankan maruah serta akidah sebagai seorang Islam serta membersihkan imej DAP daripada pandangan negatif masyarakat.
Demikianlah Artikel Zairil, Dyana perlu buat laporan polis - Rahmad Ishak
Sekianlah artikel Zairil, Dyana perlu buat laporan polis - Rahmad Ishak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zairil, Dyana perlu buat laporan polis - Rahmad Ishak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/zairil-dyana-perlu-buat-laporan-polis.html