10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah

10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah
link : 10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah

Baca juga


10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah

Hubungan seks seharusnya menggembirakan kedua belah pihak, yakni suami dan isteri. Namun masing-masing punya peranan memberikan keseronokan pada pasangan, dan oleh sebab tanggungjawab ini ada pasangan berasa terbeban dan bimbang jika tidak berjaya menyempurnakan kemahuan pasangan.

Jangan stres, dan juga jangan ambil mudah. Go with the flow. Perbaiki prestasi dari semasa ke semasa. Mungkin 10 panduan ini membantu anda dan pasangan.

1. Usah Terburu-buru

Adakan hubungan seks pada waktu tenang. Beri masa pada diri, usah terburu-buru. Seks bukanlah perlumbaan. Percayalah, hubungan seks yang terburu-buru tidak menguntungkan kedua-dua pihak.

2. Variasi Rangsangan

Kreatif kala merangsang keinginan pasangan. Usah terikat pada gaya yang sama. Cara memberitahu keinginan anda kepada pasangan juga bisa membangkitkan keseronokan pabila bersama.

3. Saling Memuji

Pasangan seharusnya saling memuji agar hubungan menjadi lebih intim, elemen positif juga bisa berkembang di sekeliling anda berdua. Sebelum atau selepas hubungan intim, anda boleh memuji pasangan. Tetapi biarlah kedengaran ikhlas, dan usah terlalu kerap memuji kerana bimbang pasangan menganggap anda sekadar mengambil hati.

4. Fokus

Usah biarkan minda anda mudah terganggu dengan perkara lain sewaktu melakukan hubungan seks. Biarpun seminit dua anda melayang kepada perkara-perkara yang bisa mengalihkan pandangan dan tumpuan (misalnya soal kerja di pejabat), ia akan memberi kesan pada persembahan anda. Jadi, kekalkan fokus ya.

5. Prihatin

Sentiasa prihatin keinginan pasangan. Anda perlu tahu apa yang disukai dan tidak oleh pasangan. Keprihatinan anda menyemarakkan lagi hubungan bersama.

6. Ciuman

Usah ambil mudah soal ciuman, kerana ia adalah perintis kepada hubungan seks yang hangat. Bau mulut mesti segar, dan anda
perlu bijak memanipulasi ciuman agar keinginan pasangan meningkat sehingga urusan selesai.

7. Haruman

Wangian sebenarnya punya tarikan seks yang sangat kuat. Maka, wanita harus peka dengan bau-bauan yang bisa meningkatkan keinginan lelaki untuk bersama mereka. Ada lelaki sukakan wanita berbau segar, ada juga yang mahukan pasangan mereka beraroma ‘manis’ buah-buahan, malah ada juga yang ghairah jika pasangannya memakai haruman lelaki.

8. Eksperimen

Suami isteri mesti bersifat terbuka, dan bersedia untuk mencuba apa sahaja keinginan pasangan selagi ia tidak melanggar perintah agama. Anda berdua mesti memberi peluang kepada pasangan untuk mencuba sesuatu yang baru. Ayuh, bereksperimenlah!

9. Cantik & Bersih

Sentiasa menjaga penampilan diri. Utamakan kebersihan dan sentiasa berbau harum, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Markah bonus kepada isteri yang bijak mencantikkan diri, bersolek dan berdandan.

10. Usah Beri Tekanan

Jangan terlalu mendesak pasangan untuk memenuhi keinginan seksual anda. Berikan mereka masa untuk memahami rentak tubuh. Dan jika ada yang tidak kena sampaikan pandangan dengan cara yang bijak.


Demikianlah Artikel 10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah

Sekianlah artikel 10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Panduan Seks Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/10-panduan-seks-untuk-pasangan-yang.html

Subscribe to receive free email updates: